Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah; beresah, beresah-resah berada dlm ke­adaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya; meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi; meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan; keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.sah] | رسه

Definisi : tidak tenang hati kerana sesuatu kejadian dll; gelisah; risau; gugup: Oleh sebab bapanya belum juga pulang, dia kelihatan ~ dan serba salah. meresahkan menyebabkan berasa resah: Peristiwa itu telah ~nya. keresahan keadaan resah; perasaan resah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resah (adjektif)
Bersinonim dengan gelisah, cemas, risau, bimbang, tidak senang, renyah, kelesah, rusuh hati;,
Kata Terbitan : meresahkan, keresahan,

Puisi
 

Kalau menarah batang jati,
     Batang kenanga dikapak juga;
Alangkah resah rasanya hati,
     Sudah lama tak nampak muka.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

540

There's no smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Hujan berpohon, panas berasal

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi hujan berpohon, panas berasal , dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
restlessadj 1. unable to be still, dissatisfied, resah, gelisah: the delay made him ~, kelambatan itu membuatnya resah; after six months at home, he became ~ again, and applied for a job, selepas enam bulan duduk di rumah, dia menjadi resah semula dan memohon pekerjaan; 2. (of sea) in a state of constant motion, bergelora; 3. unable to sleep properly, (penuh) /resah, gelisah/: he spent a ~ night worrying over the problem, dia penuh resah sepanjang malam memikirkan masalah itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fidgetyadj resah, gelisah; become ~, /naik, menjadi/ /resah, gelisah/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
over-anxiousadj terlalu /resah, khuatir/: ~ parents, ibu bapa yg terlalu resah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uneasy3. uncomfortable, resah: he gave me an ~ smile, dia tersenyum resah kpd saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hot~ and bothered, gelisah, resah: there’s no need to get all ~ and bothered over such a small matter, tdk perlu resah ttg perkara yg sebegitu kecil; ~ bath, mandi air panas; ~ favourite, pilihan ramai; be ~ on st, (colloq) a. be interested in st, minat sst: she’s ~ on rock music, dia minat muzik rock; b. be good at st, bagus dlm sst: she’s ~ on maths, dia bagus dlm matematik; ~ tip, panduan yg tepat; /be in, get into/ ~ water, (colloq) mendapat susah: you’ll get into ~water if you’re late again, kamu akan mendapat susah jika kamu datang lambat lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
toss~ /about, around/, a. (of person) resah: she was ~ing about all night with fever, dia resah sepanjang malam krn demam; b. see vi (sense 1. a.);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
restiveadj 1. unsettle, uneasy, resah, gelisah: the crowd became ~ at the long delay, orang ramai naik resah disebabkan kelewatan yg berpanjangan itu; 2. (of horse or other animal) uncooperative, liat bergerak: fear made the animal ~, ketakutan membuat binatang itu liat bergerak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fidgetn 1. (often in pl) state of restlessness, keresahan, kegelisahan; be in a ~, have the ~s, resah, gelisah; get the ~s, menjadi /gelisah, resah/; give so. the ~s, /meresahkan, menggelisahkan/ sso; 2. person who fidgets, (orang yg) /resah, gelisah/: what a ~ you are!, resahnya kamu ini!;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unquietadj agitated, disturbed, tdk /tenang, tenteram/; (emotionally, mentally) resah; (of sea) tdk tenang: the ~ times in which we live, masa yg tdk tenteram dlm kehidupan kita masa kini; nothing would soothe his ~ mind, tdk ada apa pun yg akan melegakan fikirannya yg resah; a boat tossed about on an ~ sea, bot yg terlambung-lambung di laut yg tdk tenang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bundle(be) a ~ of nerves, resah gelisah, kelesah; go a ~ on, (sl) suka: to go a ~ on horror movies, suka cerita-cerita seram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas