Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.rang] | سارڠ

Definisi : 1. tempat diam burung dll (tempat berteduh, bertelur, memelihara anak, dll): ~ tempua; ~ lebah; ~ tikus; 2. ki tempat per-sembunyian (lanun, perompak, samseng, dll): di sini juga banyak ~ pengganas; ~ buaya a) tempat kediaman (banyak) buaya; b) blok kayu atau tembaga utk mengecap kain batik; ~ gagak tempat melihat (pd tiang seri kapal layar); ~ nanah tempat nanah dlm bisul; ~ pipit a) sarang burung pipit; b) lesung pipit; umpama orang memelihara dirinya dlm ~ lebah prb mempertahankan diri di tengah-tengah musuh; bersarang 1. membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil, dll), mempunyai sarang: burung tiung ~ di hujung terap; 2. bertempat utk bersembunyi (perompak, penyamun, dll): perompak-perompak itu ~ di dlm sebuah gua; 3. ki mengambil tempat di, menetap di: penyakit malaria sudah ~ dlm tubuhnya; dia tidak berani membiarkan perasaan yg buruk-buruk itu ~ dlm kepalanya; 4. ki duduk dgn senang di: ia ~ dgn leganya di atas sebuah kerusi; 5. kena (pukulan dll), masuk (tikaman, peluru, dll), tembus, lut: kerisnya ~ dlm dada musuh yg menyerangnya; 6. Id masuk gol (dlm permainan bola sepak); 7. = bersarang-sarang berlubang-lubang, banyak lubangnya: saya tengok ~ tengkoraknya bekas peluru; betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~ prb anak bujang yg bebas berjalan ke mana-mana; bersarang-sarang 1. banyak sarangnya; 2. berlubang-lubang (ditembusi peluru dll), ber-kerawang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rang] | سارڠ

Definisi : ; akar ~ punai sj tumbuhan (akar memanjat), akar kacang-kacang, Di­chapetalum deflexifolium; rumput ~ buaya sj tumbuhan (rumpai), a) Ischaemum timo­rense; b) Ichnanthus vicinus; sakat ~ langsuir sj tumbuhan (pakis), Cyclophorus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.rang] | سارڠ

Definisi : 1 sesuatu yg dibuat atau yg dipilih utk tempat berteduh, meme­lihara anak dsb (bkn burung dll): ~ tempua; ~ lebah. 2 tempat pen­jahat (penyamun dll) bersembunyi. bersarang 1 membuat sarang: Burung murai ~ dlm lubang. 2 bersembunyi: Penyamun-penyamun itu dipercayai ~ di dlm sebuah gua. bersarang-sarang 1 banyak sarangnya. 2 ki penuh ber­lubang kerana ditembusi peluru dll; berkerawang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sarang (kata nama)
1. Bersinonim dengan sangkar: sangkak, kurungan, kandang, reban, pasung, kerangkengan, celung, sangluang, seron, tarang, petarangan, terak, sendong,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tempat persembunyian, markas, kubang,

Kata Terbitan : bersarang, bersarang-sarang,

Puisi
 

Telur angsa sarang setalam,
     Cendana sarang tempurung;
Embun menitik serata alam,
     Nyawa melarat seperti burung.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

Lihat selanjutnya...(13)

310

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Jangan merempuh sarang lebah

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan merempuh sarang lebah. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
swing ~ into action, bertindak segera: the vice squad swung into action against the gambling dens that were sprouting like mushrooms, skuad pencegah maksiat bertindak segera thdp sarang-sarang perjudian yg tumbuh spt cendawan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nervyn 1. (of birds, certain animals or insects) sarang: the birds built a ~ in the tree, burung-burung itu membuat sarang di atas pokok; a wasps’ ~, sarang tebuan; the turtle’s ~, sarang penyu; 2. snug, cosy home, rumah yg selesa: the couple made themselves a ~ high up in the hills, pasangan itu membina rumah yg selesa utk diri mereka, tinggi di atas bukit; 3. hiding-place for undesirable people, activities, sarang: the club was a ~ of crime and vice, kelab itu ialah sarang jenayah dan maksiat; a ~ of thieves, sarang penyamun; 4. set of objects fitting into one another, set, peranggu: a ~ of tables, seperanggu meja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lairn sarang: the fox’s ~, sarang musang; the bandit’s ~ high up in the hills, sarang penyamun tinggi di atas bukit itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lairn sarang: the fox’s ~, sarang musang; the bandit’s ~ high up in the hills, sarang penyamun tinggi di atas bukit itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
honeycombn 1. (of bees) sarang lebah madu, indung madu; 2. st resembling it in structure, pattern, etc, sarang lebah: ~ stitch, jahit sarang lebah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
denn 1. lair, jerumun: a lion’s ~, jerumun singa; 2. haunt, secret resort, sarang: a ~ of thieves, sarang penyamun; an opium ~, sarang pencandu; ~ of vice, tempat maksiat; 3. private retreat, bilik (peribadi).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hotbedn (fig.) sarang, lubuk: a ~ of vice, sarang maksiat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
nervyvi make, inhabit a nest, membuat sarang, bersarang: some swallows are ~ing in the eaves, beberapa ekor burung layang-layang membuat sarang di cucur atap itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cobwebn 1. spider’s web, sarang labah-labah; 2. single thread spun by a spider, benang sarang labah-labah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hornetn tebuan; stir up a ~’s nest, bring a ~’s nest about o’s ears, (of so.) menjolok sarang tebuan, mencari nahas; (of st) samalah spt menjolok sarang tebuan: making such a statement will stir up a ~’s nest, membuat kenyataan spt itu samalah spt menjolok sarang tebuan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas