Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ya] | ساي

Definisi : 1. ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku), hamba: nama ~ Ahmad; 2. ya, benar: ~ encik; sahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ya] | ساي

Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku): ~ hendak makan nasi. 2 kata yg diucapkan ketika menyahut panggilan orang; ya: ~, tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saya

Puisi
 

Apa diharap padi di paya,
     Padi di paya buahnya kasar;
Apa diharap pada saya,
     Saya sudah burung di sangkar.


Lihat selanjutnya...(838)
Peribahasa

Melihat riak air,
     saya sudah tahu pendayungmu.

Bermaksud :

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

 

Lihat selanjutnya...(10)

360

To each his own

Setiap orang berbeza kesukaannya.

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Many people go for pretty singers, but if you ask my opinion, I'd prefer an ugly singer to preety one -> to each his own !

Kebanyakkan orang menyukai penyanyi yang cantik, tetapi jika anda bertanyakan pendapat saya, saya lebih suka penyanyi yang hodoh, bukannya yang cantik. Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(110)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wrongsay the ~ thing, tersalah cakap: she is angry with me. I know I’ve said the ~ thing, dia marah dgn saya. Saya tahu bahawa saya sudah tersalah cakap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uninvolvedadj tdk terlibat: don’t appeal to me. I prefer to remain ~, jangan merayu kpd saya. Saya lebih suka tdk terlibat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
takec. withdraw st, menarik balik sst: “Please accept my apology. I ~ back what I said about you”, “Harap maafkan saya. Saya tarik balik apa yg saya katakan ttg kamu”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
think~ aloud, bercakap sendiri: “I beg your pardon? Did you say something?” “Don’t mind me – I was just ~ing aloud”, “Maafkan saya? Kamu berkata sesuatu?” “Jangan kisahkan sayasaya hanya bercakap sendiri”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wrongget /so., it/ ~, /salah, silap/ faham: I must have got him ~. I thought he wanted me to come today, saya rasa saya salah faham. Saya fikir dia minta saya datang hari ini; I meant to help but you got it all ~, memang maksud saya hendak menolong tetapi kamu salah faham;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
two~ can play at that game, saya pun boleh berbuat begitu juga: he’s started slandering me behind my back; well, ~ can play at that game, dia sudah mula membuat fitnah di belakang saya; saya pun boleh berbuat begitu juga;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wait~ up (for), delay going to bed, berjaga utk /menunggu, menanti/: don’t bother to ~ up for me.I’m coming home late, Jangan berjaga utk menunggu saya. Saya akan pulang lewat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wrong3. a. in bad condition, not working properly, tdk kena; (interrog) kena: there’s something ~ with my ears. I can’t hear properly, ada sesuatu yg tdk kena dgn telinga saya. Saya tdk boleh mendengar dgn betul; “what’s ~ with the drawer. I can’t open it”, “apa kenanya dgn laci ini. Saya tdk dapat membukanya”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thinkI ~, a. (as a way of being polite) saya rasa: I ~ I’d better leave, saya rasa eloklah saya pergi dulu; b. (in formal conversation) saya fikir: I ~ you mean the Harrison account rather than the Anderson account, saKamus Inggeris-Melayu Dewan
trouble3. difficulty, inconvenience, kesusahan, susah: I’m afraid I’ve been the cause of a lot of ~, saya rasa saya menjadi punca banyak kesusahan; it’s no ~ for me to do it, tdk susah bagi saya melakukannya; cause so. ~, menyusahkan sso: she caused me a lot of ~, dia banyak menyusahkan saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas