Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.dang.kan] | سدڠکن

Definisi : 1. sekalipun, walau-pun, meskipun: belum pernah ia merasai hidup senang spt perempuan lain ~ cinta kasihnya tiada berkurang-kurang kepadaku; sedang-kan binatang yg tidak berakal itu lagi dapat diajar oleh manusia; 2. padahal, walhal: dapatkah ia menolak kemungkinan itu sedang-kan ia lemah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.dang.kan] | سدڠکن

Definisi : 1 sung­guhpun; walaupun; sekalipun: ~ bah, kapar tak hanyut, inikan pula, kemarau panjang. 2 padahal; walhal: Bagaimana aku hendak menolongmu, ~ diriku sendiri pun serba kekurangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Padang lampung berbambu perindu,
     Kuini cempedak tumbuh melata;
Sedangkan sekampung hatiku rindu,
     Inikan pula jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sedangkan gajah yang besar dan berkaki empat lagi tersandung.

Bermaksud :

Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah empat kaki lagi tersaruk). tersandung = terserandung, tersaruk.

 

Lihat selanjutnya...(22)

474

The pot calling the kettle black

Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu.

Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang

My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!''

Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!''

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
when3. (introducing contrast with situation presented in main clause) sedangkan: what’s the use of arguing ~ we know that your father won’t change his mind?, apa gunanya berbincang-bincang sedangkan kita tahu ayah kamu tdk akan menukar fikirannya?; why do you have three television sets ~ you live alone?, mengapa kamu mempunyai tiga buah peti televisyen sedangkan kamu hidup seorang diri?; 4. (introducing condition) jika, kalau: it’s difficult to become a lecturer ~ you haven’t got the right academic qualifications, susah hendak menjadi pensyarah jika tdk mempunyai kelulusan akademik yg sesuai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
whereasconj manakala, sementara, sedangkan: this week, I have nothing to do, ~ last week I was very busy, minggu ini saya tdk ada apa-apa yg hendak dibuat, sedangkan minggu lepas saya sibuk betul; she wants a Mercedes, ~ her husband prefers a Volvo, dia mahukan kereta Mercedes, sementara suaminya lebih suka akan kereta Volvo.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
one~ lecturer comes from Spain while the other (~) is German, pensyarah yg seorang datang dr Sepanyol, sedangkan yg seorang (lagi) dr Jerman; ~ + noun or another, ~ or other of noun, salah /satu, + approp classifier/ + noun: for ~ reason or another, many people were absent, krn salah satu sebab, banyak orang yg tdk hadir; they must be hiding in ~ or other of the houses in that street, mereka pasti bersembunyi dlm salah sebuah rumah di jalan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stand how can you just ~ aside when there is so much to be done?, bagaimana kamu boleh tdk berbuat apa-apa sedangkan banyak yg harus dilakukan?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
such ~ a thing, sesuatu seperti itu: how could you say ~ a thing to Mrs Choo when she’s been so good to us?, mengapa kamu sampai hati mengatakan sesuatu seperti itu kpd Pn Choo, sedangkan dia begitu baik hati pd kita?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pontificatevi (fml), (derog) speak in pompous manner,bercakap seolah-olah serba tahu: he was always pontificating about the country’s system of education of which he knew little,dia selalu bercakap seolah-olah serba tahu ttg sistem pendidikan sedangkan dia tahu sedikit sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lightweightn 1. (boxing) petinju kelas lightweight: he is the best ~ in this region, dia ialah petinju kelas lightweight yg terbaik di rantau ini; 2. (derog) person of little ability or consequence, orang kecil: he is too critical, for a ~, dia terlalu banyak mengkritik, sedangkan dia orang kecil sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lightweightn 1. (boxing) petinju kelas lightweight: he is the best ~ in this region, dia ialah petinju kelas lightweight yg terbaik di rantau ini; 2. (derog) person of little ability or consequence, orang kecil: he is too critical, for a ~, dia terlalu banyak mengkritik, sedangkan dia orang kecil sahaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
whileconj 1. at the same time as, semasa, sementara, ketika, sewaktu: the accident occurred ~ he was on the way to visit us, kemalangan itu berlaku semasa dia dlm perjalanan utk melawat kami; ~ I was abroad she was still studying, semasa saya berada di luar negeri, dia masih belajar; he was writing the letter ~ waiting for Mary, dia menulis surat itu sementara menunggu Mary; 2. whereas, manakala, sementara, sedangkan: he got a job in the city, ~ his brother remained a farmer in the village, dia mendapat kerja di bandar, manakala abangnya masih menjadi peladang di desa; some people are fortunate, ~ others are not, sesetengah orang bernasib baik, manakala yg lain tdk; 3. although, walaupun... tetapi: ~ I admit she is right, I still doubt her motives, walaupun saya mengaku dia tdk bersalah, tetapi saya masih meragui motifnya; 4. as long as, selagi: ~ there’s life, there’s hope, selagi ada hayat, selagi itu ada harapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wheneverconj 1. at the place which, di tempat: ~ I work there are twenty on the staff, di tempat saya bekerja, ada dua puluh orang kakitangan; 2. to the place which, ke mana: ~ he goes they will go, ke mana dia pergi, mereka akan pergi; 3. wherever, ke mana saja: go ~ you like, I don’t mind, pergilah ke mana saja yg kamu suka, saya tak kisah; 4. whereas, manakala, sementara, sedangkan: I want a novel, ~ she prefers a biography, saya mahukan novel, manakala dia lebih menyukai biografi; 5. under conditions or circumstances in which, dlm hal: ~ the custody of the child is involved, the court’s decision is final, dlm hal yg bersabit dgn jagaan budak itu, keputusan mahkamah adalah muktamad; 6. to the extent that, setakat mana: I hope, ~ possible, not to mention the past, saya harap, setakat mana mungkin, jangan ungkit perkara yg lalu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas