Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. alat yg digunakan utk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dll): keris Majapahit dikatakan tidaklah diguna-kan sbg ~ tetapi hanya disimpan sbg azimat; alat ~ berbagai-bagai senjata; meletakkan ~ berhenti berperang; mengangkat ~ mulai berperang; 2. ki sesuatu (surat, kejadian, dll) yg digunakan utk mencapai sesuatu maksud: ~ yg besar yg digunakan oleh mereka utk memancing undi ialah dgn menimbulkan persoalan hidup petani; 3. tanda bunyi atau baris pd tulisan Arab (fathah, kasrah, dll); ~ api senjata yg menggunakan ubat peledak (spt senapang, meriam, bom, dll); ~ berat senjata api yg besar-besar (spt meriam dll); ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memu-daratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan; ~ gelap senjata api yg digunakan (disimpan) tanpa kebenaran pihak berkuasa; ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia yg bukan bahan ledakan (mis gas beracun dll); ~ konvensional senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear; ~ ringan senjata api yg kecil-kecil (pistol dll); ~ tajam senjata yg tajam (keris, lembing, dll); ~ makan tuan prb senjata yg dipakai utk mengenai orang lain tetapi mengenai diri sendiri; bersenjata memakai (berlengkap dgn) sen-jata: maka bertemu dlm kubu itu lima enam ratus orang, masing-masing ~ bercabut berkanjar-kanjar; angkatan ~ tentera, askar; bersenjatakan mempunyai atau mengguna­kan (sesuatu) sbg senjata: Raja Mambang pun keluar ~ pedang; mempersenjatai melengkapi dgn senjata: Malaysia akan ~ kira-kira 40 000 orang ahli Pasukan Pertahanan Tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika ber­kelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai mem­beri bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing di­percayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tajam senjata musuh pun undur,
     Mengertak masuk seperti kuda;
Pejamkan mata tak mahu tidur,
     Rupanya tuan datang menggoda.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(10)

53

Don't bite the hand that feeds you

Jangan khianati atau bersikap tidak mengenang budi terhadap orang yang telah membantu kita.

Permata dibalas dengan senjata

We gave then them jobs and fed their children. But when we failed to do the same this year, they threatened to harm us. We told them, don't bite the hand that feeds you

Kami memberi mereka pekerjaan dan makanan kepada anak mereka. Namun, apabila kami tidak dapat berbuat demikian pada tahun ini, mereka mengancam hendak mencederakan kami. Kami beritahu mereka, takkanlah permata dibalas dengan senjata .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
stockpile vt menyimpan stok: weapons were ~d in army depots all over the country, senjata-senjata telah disimpan stok di depot tentera di seluruh negara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
calamitousadj /membawa, menimbulkan/ /bencana, malapetaka/, membencanakan: potentially ~ inventions such as nuclear weapons, rekaan-rekaan spt senjata-senjata nuklear yg berkemungkinan menimbulkan bencana.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tacticaladj taktikal: a ~ move by the Allied Forces, langkah taktikal oleh Angkatan Tentera Bersekutu; ~ weapons, senjata-senjata taktikal; ~ diplomatic manoeuvres, tindakan diplomatik yg taktikal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tacticadj taktikal: a ~ move by the Allied Forces, langkah taktikal oleh Angkatan Tentera Bersekutu; ~ weapons, senjata-senjata taktikal; ~ diplomatic manoeuvres, tindakan diplomatik yg taktikal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weaponn senjata: the army is equipped with the most modern ~s, tentera itu dilengkapi senjata yg paling moden; he always carries a ~ wherever he goes, dia sentiasa membawa senjata ke mana saja dia pergi; tears are a woman’s traditional ~, air mata ialah senjata yg biasa bagi wanita; he used his walking stick as a ~ to hit the dog, dia menggunakan tongkatnya sbg senjata utk memukul anjing itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arm2n 1. (usu in pl) weapon esp firearm, senjata api: an ~s manufacturer, pengeluar senjata api; 2. (usu in pl) weapons collectively, senjata: an ~s depot, depot senjata; 3. branch of the armed forces, pasukan: the infantry ~, pasukan infantri; 4. (in pl) military profession, perkhidmatan tentera; 5. (in pl) heraldic devices, lambang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
armouryn 1. storehouse for arms, gedung senjata; 2. arms factory, kilang senjata; 3. array of weapons, kumpulan senjata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arsenaln 1. place for storing arms, ammunition, gedung, senjata dan amunisi; 2. arms and ammunition factory, kilang senjata dan amunisi; 3. store of st regarded as weapons, kumpulan senjata: they stumbled upon an ~ of guns and swords in the dead man’s house, mereka terjumpa akan sekumpulan senjata yg terdiri drpd senapang dan pedang di rumah si mati.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
munitionsn senjata: a ~ factory, kilang senjata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
weaponryn senjata, persenjataan: our ~ is outdated, senjata kita telah ketinggalan zaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas