Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hun] | تاهون

Definisi : 1. jangka waktu (masa) yg lamanya dua belas bulan: umurnya enam belas ~; berapa ~ kamu tinggal di kampung itu? 2. angka yg menyatakan tarikh: beliau dilahir­kan pd ~ 1945; 3. masa dua belas bulan yg ke... (spt majalah, surat khabar, dll): Majalah Bahasa ~ yg kedua bilangan satu; 4. masa dua belas bulan utk ...; ~ buku Id masa utk perhitungan kewangan dlm perniagaan (biasa­nya dr 1 Januari hingga 31 Disember); 5. masa selama tumbuh-tumbuhan hidup, musim; ~ jagung masa selama tiga atau empat bulan; ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; ~ asas (Eko) tahun yg dipilih sbg permulaan bagi pengiraan satu siri nombor indeks, biasanya tahun yg mempunyai ciri normal spt ketiada­an kemelesetan dan inflasi yg tinggi; ~ baru hari yg pertama dlm satu-satu tahun; ~ belakang Id = ~ depan = ~ hadap(an) tahun yg akan datang; ~ cahaya (Fiz) unit jarak yg bersamaan dgn jarak yg dilalui cahaya dlm satu tahun; ~ Dal tahun yg kelima dlm daur kecil (windu); ~ fiskal jangka masa dua belas bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; ~ Gajah tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah (dr Yaman) ke atas Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW; ~ Hijrah tarikh yg dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; ~ kabisat = ~ lompat = ~ panjang Id tahun yg sehari lebih panjang drpd tahun yg biasa; ~ kalendar tempoh masa satu tahun dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama; ~ kamariah = ~ qamari tahun yg dikira meng­ikut perjalanan bulan; ~ kewangan a) jangka masa dua belas bulan yg pd akhirnya sesebuah syarikat dll menutup akaunnya; b) tahun fiskal; ~ lalu tahun yg lepas; ~ Masihi tarikh yg dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa a.s.; ~ syamsiah tahun yg dikira mengikut perjalanan matahari; setahun satu tahun; ~ padi tempoh lima atau enam bulan; berumur ~ jagung a) muda sekali; b) ki belum matang (pemikiran dll); setahun-tahunan sepanjang tahun; bertahun; sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis; bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir bergaul dgn gadis itu; menahun 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya: beliau telah men­jauh­kan diri naik ke Makkatul-musyar-rafah lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di sini; 3. lama merana (meng-hidap penyakit): dia menjadi korban drpd fungsi­nya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~; tahunan 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hun] | تاهون

Definisi : Mn; bertahun bertanam padi, bersawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hun] | تاهون

Definisi : 1 masa yg lamanya dua belas bulan: Umurnya belum dua belas ~. 2 angka yg menyatakan tarikh: Saya dilahirkan dlm ~ 1970. ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti dsb: Program lepasan ijazah itu mengambil masa dua ~ akademik. ~ baru a. tahun yg baru. b. hari pertama dlm satu-satu tahun. ~ cahaya jarak atau jauh yg dijalani (dilalui) oleh cahaya dlm satu tahun. ~ depan tahun yg akan datang. ~ fiskal jangka masa 12 bulan yg digunakan oleh dunia perniagaan atau pemerintah utk tujuan belanjawan (pengiraan cukai, urusan pembayaran dsb). ~ Gajah tahun berlakunya pe­r­­istiwa serangan tentera bergajah ter­hadap Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. ~ Hijrah tahun yg dikira dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah. ~ kalendar tempoh masa satu tahun, dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama. ~ lompat tahun yg terdiri drpd 366 hari (terdapat sekali pd tiap-tiap 4 tahun). ~ Masihi tahun yg dikira dr tarikh lahir Nabi Isa a.s.. bertahun-tahun beberapa tahun lama­­nya: Sudah ~ dia pergi merantau di negeri orang. me­nahun 1 tinggal atau menetap hingga setahun atau beberapa tahun. 2 lama menderita (penyakit). 3 lama benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahun

Puisi
 

Pagi hari mandi di perigi,
     Mandi di sana banyak juga;
Kalau tidak dapat tahun ini,
     Tahun depan kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Ibarat negeri berubah rasam;
     ibarat tahun berubah musim.

Bermaksud :

Orang yang tidak tetap kedudukannya. rasam = adat, kebiasaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(65)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
during~ the /60’s, 70’s, etc /, dalam tahun-tahun /60-an, 70-an, dll/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interveningadj berselang: in the ~ years..., dlm tahun-tahun yg berselang....Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thirty2. (in pl) the years 30 to 39, tahun-tahun tiga puluhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stretch ~ ahead, akan menjelang; years of loneliness ~ed ahead of her, tahun-tahun yg penuh kesunyian menjelang di hari muka nanti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seventyn 1. (number) tujuh puluh; 2. seventy years old, tujuh puluh tahun; 3. (in pl) a. (years of a century), (tahun-tahun) tujuh puluhan: it was a song that was very popular in the seventies, itu ialah lagu yg sangat popular dlm tahun-tahun tujuh puluhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
afteradj 1. later, succeeding, kemudian, /selepas, sesudah/ itu: in ~ years, pd tahun-tahun kemudian; 2. (naut ) buritan: the ~ cabins, kabin buritan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
peacefuladj 1. without war, disagreement, aman: the ~ years between the two wars, tahun-tahun aman antara dua peperangan itu; to settle disputes in a ~ fashion, menyelesaikan perbalahan secara aman; 2. calm, tranquil, tenang, damai: it’s very ~ here at night, tempat ini begitu tenang pd waktu malam; a ~ seaside village, kampung di tepi pantai yg damai; 3. (of person) free from worry, anxiety, tenang: he looks so ~ lying there asleep, dia kelihatan begitu tenang terbaring tidur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
twentythe twenties, (the years between 20 to 29), (tahun) dua puluhan: jazz became increasingly popular in the twenties, muzik jaz menjadi semakin popular dlm tahun-tahun dua puluhan; in his twenties he emigrated to Australia, dlm umur dua puluhan dia telah berhijrah ke Australia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
passé adj ( derog ) 1. outmoded, ketinggalan zaman: the ~ slang of the 1920’s, slanga pd tahun-tahun 1920-an yg ketinggalan zaman; 2. past so’s prime, zaman kegemilangannya telah berlalu: she was a much sought after model but is somewhat ~ now, dia dulu peragawati yang sangat dicari-cari tetapi zaman kemilangannya telah berlalu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
supremacy 2. superiority, keulungan, kehandalan: he has, in recent years, demonstrated his ~ on the tennis courts of Europe and America, dlm tahun-tahun kebelakangan ini, dia telah menunjukkan keulungannya di gelanggang tenis di Eropah dan Amerika.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas