Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ta/] | تتق

Definisi : luka ~ luka kerana diparang (dibacok); bertetakan saling mengenakan parang dll kpd, saling membacok, parang-memarang: maka kedelapan hulubalang itu ~ mata pedang, tangkis-menangkis; menetak memotong (mengerat dll) dgn sen-jata tajam yg diayun kuat-kuat, meman­cung, memarang, membacok: petani itu telah ~ lembu yg memakan padinya; ~ meramu menebang kayu-kayan utk membuat rumah; tetak-menetak saling menetak, bertetakan; menetakkan memarangkan; tetakan hasil drpd perbuatan menetak, pukulan atau ayunan menetak: sebatang kayu yg tersadai di tebing sungai menjadi sasaran ~ badik Tun Daik; penetakan perbuatan menetak, pemarang­an, pemancungan, pembacokan; penetak 1. orang yg menetak, pemarang, pemancung, pembacok; 2. alat utk menetak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta/] | تتق

Definisi : Mn ark; menetak, menetakkan menetapkan, memastikan, menentukan; ~ harinya menentukan harinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ta/] | تتق

Definisi : ; menetak memotong atau me­menggal sesuatu dgn benda tajam yg dipukulkan kuat-kuat; memarang: Dia ~ tangan pencuri itu dgn parang. menetakkan menghayunkan dan me­mukulkan sesuatu yg tajam kuat-kuat; memarangkan: Dia telah ~ goloknya ke leher pencuri itu. tetakan hasil drpd menetak: ~nya dpt memutuskan dahan pokok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetak
Kata Terbitan : menetak, tetakan, penetakan, penetak,

Puisi
 

Tetak apong tetak sedahan,
     Anak Cina menyemai padi;
Tinggal kampung tinggal halaman,
     Tinggal jambatan bekas kumandi.


Lihat selanjutnya...(55)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
chop 1n 1. cutting stroke, tetakan, tetak: the first ~ split the wood, sekali tetak, kayu itu pun terbelah; 2. thick slice of meat, sepotong daging: lamb ~, sepotong daging kambing;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hack 1n 1. cut, notch made by axe, knife, takik: the school desks were covered with little ~s, meja-meja sekolah dipenuhi dgn takik-takik kecil; 2. kick on the shin as in rugby, football, tendangan, sepakan; 3. wound from sharp kick, luka akibat /tendangan, sepakan/; 4. chopping blow, tetak: with one vicious ~, he knocked the man unconscious, dgn sekali tetak yg ganas, dia menumbangkan lelaki itu sehingga tdk sedarkan diri; 5. harsh cough, batuk yg keras;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas