Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)

202

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Ada pasang berturun naik

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
blurtvt; ~ out, tiba-tiba + approp v, approp v + dgn tiba-tiba; (in direct speech) approp v + dgn tiba-tiba: she ~ed out that she was not keen to go, tiba-tiba dia memberitahu bahawa dia tdk berminat utk pergi; without thinking, he ~ed out the whole truth, tanpa berfikir, tiba-tiba dia menceritakan yg sebenarnya; “ he does not trust you! “, she ~ed out, “ dia tdk mempercayai kamu!”, dia berkata dgn tiba-tiba; to ~ out a secret, membocorkan rahsia dgn tiba-tiba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
suddenlyadv ( dgn) tiba-tiba: ~ it started to rain, tiba-tiba hujan pun turun; the driver braked ~, pemandu itu membrek dgn tiba-tiba; the cat ~ appeared from under the bed, kucing itu tiba-tiba muncul dr bawah katil; her eyes ~ filled with tears, matanya tiba-tiba bergenangan dgn air mata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burst~ into, tiba-tiba [v]: the car ~ into flames, kereta itu tiba-tiba terbakar; she ~ into tears, tiba-tiba dia menangis; the leading car in the race ~ into sight, kereta yg terdahulu dlm perlumbaan itu tiba-tiba kelihatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
seizure 3. sudden attack (of some illness) serangan yg tiba-tiba, dgn tiba-tiba diserang: he died of heart ~, dia mati krn diserang sakit jantung dgn tiba-tiba or kena serangan sakit jantung yg tiba-tiba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
abruptadj 1. sudden, tiba-tiba, mendadak; (of corner, turn, etc) tajam: an ~ change in the weather, perubahan cuaca yg tiba-tiba; come to an ~ end, tiba-tiba (sahaja) /berakhir, tamat, selesai/, /berakhir, tamat, selesai/ dgn tiba-tiba; come to an ~ /halt, stop/, tiba-tiba (sahaja) berhenti, berhenti dgn /tiba-tiba, mendadak/ (sahaja); 2. brusque, kasar: an ~ reply, jawapan yg kasar; an ~ manner of speaking, gaya pertuturan yg agak kasar; 3. Disconnected, tdk lancar, terputus-putus: an ~ style of writing, gaya penulisan yg tdk lancar; 4. steep, curam: an ~ descent, jalan turun yg curam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sudden adj (dgn) tiba-tiba: a ~ drop in temperature, suhu turun dgn tiba-tiba: his sudden departure surprised us all, pemergiannya yg tiba-tiba itu mengejutkan kami; she experiences ~ changes of mood, dia mengalami perubahan perangai yg tiba-tiba;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swerve n belokan yg tiba-tiba; make a ~, membelok dgn tiba-tiba: he made a sudden ~ when he saw the dog, dia membelok dgn tiba-tiba apabila nampak anjing itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
burst~ out, a. suddenly start, tiba-tiba: everyone suddenly ~ out laughing, setiap orang tiba-tiba tertawa; ~ out crying, tiba-tiba menangis; b. exclaim, membentak, memekik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
onrushn surge, yg + approp v dgn tiba-tiba: an ~ of emotion, perasaan yg melanda dgn tiba-tiba; an ~ of tears, air mata yg mengalir dgn tiba-tiba.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
springvt 1. make known without warning, tiba-tiba mengadakan; (news, proposal, etc) secara tiba-tiba + approp v: they sprang a surprise engagement party on their friends, mereka tiba-tiba mengadakan majlis pertunangan yg mengejutkan teman-teman mereka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas