Kamus Sains.indb am RCHO, R ialah alkil atau aril. Kumpulan sebatian organik yang mempunyai radikal -CHO. Aldehid biasanya merupakan cecair yang tidak berwarna, mempunyai bau cirian, dapat dioksidakan kepada asid karboksilik, dan diturunkan kepada alkohol primer. Aldehid diuji menggunakan bahan uji Schiff dan menghasilkan warna merah jambu jika terdapat aldehid. Aldehid juga menurunkan larutan argentum nitrat berammonia dan larutan Fehling. Contoh aldehid ialah cement basket (raga simen) Bekas yang diperbuat daripada getah berbentuk corong yang dilengkapi spring. Spring ini berfungsi untuk menekan rim bahagian atas ke arah dinding telaga. Raga ini dilekatkan dan diturunkan bersama selongsong apabila diperlukan. Tujuan pemasangannya adalah untuk melindungi formasi daripada pencemar- an simen dan untuk menyimen sebahagian daripada selongsong, iaitu selong - song yang terletak pada bahagian atas raga. Buburan
|