[ber.main] | برماءين
Definisi : 1. melakukan sesuatu utk bersenang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan menggunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) perempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.main] | برماءين
Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)