Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gen.dang] | ݢندڠ

Definisi : 1. sj alat muzik drpd kayu bulat panjang yg berongga dan direntang dgn kulit (pd hujung pangkalnya); ~ nobat gendang yg dipakai utk nobat; ~ perang gendang yg digunakan semasa berperang; juru~ orang yg memukul gendang; 2. langgam (pukulan) gendang sbg isyarat, cara memukul gendang; ~ arak-arakan cara memukul gendang sewaktu berarak; ~ berangkat gendang yg menyatakan raja berangkat; ~ keling = ~ merdangga gendang yg disandang pd leher dan dipukul dgn kayu; ~ kembali gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan raja kembali; ~ melela = ~ serama gendang yg sebelah dipukul dgn kayu, dan yg sebelah lagi dipukul dgn tangan; ~ pendengar Id selaput telinga yg menerima suara; ~ perhentian = ~ galanjur gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan orang harus berhenti; ~ raya Kd beduk (tabuh); bagaimana bunyi ~, begitulah tarinya prb patuh pd segala perintah; situ juga ~ berbunyi prb sentiasa sama sahaja (tidak berubah); gendang-gendang, gendangan sj selaput, kulit ari; bergendang memukul gendang; ~ paha bersuka-suka kerana penderitaan orang lain; ~ deras prb berkuasa (bermaharajalela); bak ~ ke Sirukam, perut kenyang emas boleh prb keuntungan yg diterima secara berlebih-lebihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.dang] | ݢندڠ

Definisi : gulung (bkn kertas); segendang satu gulung; ~ kertas segulung kertas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.dang] | ݢندڠ

Definisi : sj ikan laut, Parapercis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gen.dang] | ݢندڠ

Definisi : alat bunyi-bunyian drpd kayu bulat berongga yg direntangi kulit pd mulutnya utk dipukul. ~ berangkat bunyi gendang yg dipalu ketika raja berangkat. ~ keling gendang yg disangkut pd leher dan dipukul dgn kayu. ~ melela gendang yg sebelahnya dipukul dgn kayu dan sebelah lagi dipukul dgn tangan. ~ nobat gendang yg digunakan dlm nobat. ~ perang bunyi gendang yg dipalu ketika berperang. ~ raya gendang besar (di surau, masjid dll) yg dipalu utk sesuatu tujuan; tabuh; beduk. bergendang 1 mempunyai atau ada gendang. 2 memukul (memalu) gendang. 3 memukul (memalu) sesuatu spt tong, meja dll mengikut irama tertentu. ~ tangan bertepuk tangan spt bergendang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gendang

Puisi
 

Gendang bertabuh tigalah bangsal,
     Jamu-berjamu semangkuk jeluk;
Nak menambat kasih yang tunggal,
     Macam ikan balik ke lubuk.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Satu juga gendang berbunyi.

Bermaksud :

Selalu sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
titik acara kebudayaan (muzik tradisional)Titik peralatan teposok nei tawag, kulintangan, bebandil ko gandang.Acara kebudayaan (muzik tradisional) mengandungi peralatan spt gong, kulintangan, bebandil dan gendang.budayaBajau

Kembali ke atas