Definisi : cantik (orang, perhiasan, dll), bergaya, indah, menarik hati, segak: bentuk mukanya lebih ~ drpd kedua-dua kawannya; melawa memakai atau berhias (supaya kelihatan lawa), melagak, meraga: tiap-tiap hari selepas bekerja, dia ~; melawakan menjadikan lawa (dgn memakai atau berhias): Hasnah bermekap dan memakai pakaian yg cantik-cantik utk ~ dirinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : menarik hati (bkn orang, perhiasan dll); cantik; bergaya: Orangnya ~ serta peramah pula. melawa memakai sesuatu atau bersolek supaya lawa: Dia bukan bekerja tetapi ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)