Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.léng.gang] | مليڠݢڠ

Definisi : 1. berayun tangan ketika berjalan: tangan kanannya yg memegang senapang itu kelihatan tidak ~; 2. bergerak-gerak turun naik atau ke kiri ke kanan (perahu atau kapal dimainkan gelom­bang dll): ia berpaling memandang api lampu minyak yg melenggang lemah; badannya turut ~-lenggang mengikut goncangan kepalanya; 3. ki berjalan dgn tidak membawa apa-apa beban: mereka pulang dr dusun ~ sahaja kerana tidak ada durian yg gugur; 4. = ~-lenggok = melenggang-lenggok ber­liuk-liuk ke kiri ke kanan (spt orang menari dll): pandangannya berpusat kpd api lampu yg ~- lenggok ditiup angin; ~ perut lenggang perut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lenggang (kata nama)
Bersinonim dengan limbai, anyunan tangan;,
Kata Terbitan : melenggang, lenggang-lenggok,

Puisi
 

Cik Mat jalan melenggang,
     Dua tiga ranting patah;
Air laut sekerat pinggang,
     Buku lali haram tak basah.


Lihat selanjutnya...(4)

Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
ngurut melengang perut semasa kandungan 7 bulanAlap ngurut ta penguling.Sebaiknya melenggang perut itu dgn bidan.adat resam dan yang berkaitanBajau

Kembali ke atas