Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. enak (pd rasa, bau, dll): kuih itu sangat ~ rasanya; 2. senang (pd perasaan dll), nyaman: tubuh saya tidak ~; asal ada kata begitu alangkah ~ di dlm hati; ~ hati senang, tenteram; ~ keleh Kl indah (pd pandangan) dan menarik; ~ manis a) sopan santun dan menarik hati (kelakuan); b) enak (cita rasanya); ~ mulut sekehendak hati: jangan pakai cakap ikut ~ mulut; ~ dahulu pahit kemudian prb melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan dahulu buruk baiknya akhirnya akan menyesal; ~ manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb sebarang bicara orang hendaklah di­timbang­­kan lebih dahulu sebelum diterima atau ditolak; menyedapkan menjadikan sedap (enak, senang, tenteram, dll), menyamankan, me­nyenangkan (hati, perasaan): pengakuan doktor itu ~ hati isterinya; Aji-no-moto ialah sj bahan utk ~ masakan; sedap-sedapan, sedapan (hidangan) ma­kanan yg sedap-sedap atau enak; kesedapan perihal sedap, rasa sedap, keenak-an, kelazatan: mereka semuanya kesiangan pagi itu kerana ~ tidur; penyedap sesuatu yg menyedapkan: kata-kata itu menjadi ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sedap (adjektif)
1. Bersinonim dengan enak: lemak, manis, lazat, nikmat, perisa, latif, gurih, legit,
Berantonim dengan hambar

2. Bersinonim dengan segar: seronok, selesa, nyaman, senang, nikmat, enak, indah, sihat, naim,

Kata Terbitan : menyedapkan, kesedapan, penyedap,

Puisi
 

Sedap kundur dari labu,
     Manakan sama timun betik;
Sedap tidur dalam kelambu,
     Manakan sama atas riba adik.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Nasi sedap gulai mentah,
     gulai sedap nasi mentah.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak sempurna.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
birud siputBirud alap pinapi santan.Siput sedap dimasak dgn santan.makanan dan minumanBajau
mbuung saguTompe’ mbuung alap bana resonei.Sagu sedap rasanya.makanan dan minumanBajau
buas kenuar nasi goreng tanpa minyakBuas kenuar alap kenakan.Nasi goreng sedap dimakan.makanan dan minumanBajau
lobok memasak lauk tanpa menggunakan minyakDieng bagal alap ni lobok.Ikan besar sedap dimasak tanpa menggunakan minyak.makanan dan minumanBajau
rapa’ nangka’ Sayur nangkaRapa’ nangka alap senapakan engko’ daing masin.Sayur nangka sedap dimasak dgn ikan masin.makanan dan minumanBajau
rapa’ tarap sayur tarapAlap bana reso rapa' tarap a penapi engko santan.Sayur tarap sedap dimasak dengan santan.makanan dan minumanBajau
penganan kuih cincinPenganan papar lemah alap reso ni.Kuih cincin daerah papar lembut dan sedap rasanya.makanan dan minumanBajau
jalasarang semutkuih dr tepung berasJala alap reso ni amun repuh.Kuih dr tepung beras sedap dimakan sekiranya rangup.makanan dan minumanBajau
pais ubi sejenis kuih yg diperbuat drp ubi kayu yg diparutPais ubi alap resonya.Kuih yang diperbuat drp ubi kayu sedap rasanya.makanan dan minumanBajau
ampap ikan yg dimasak lama sehingga tulangnya lembutAmpap daeng alap pinapi ginuulan lodo.Ikan yg dimasak lama sehingga tulangnya lembut sedap apabila dicampur lada/cili.makanan dan minumanBajau
12

Kembali ke atas