[se.lé.ra/] | سليرق
Definisi : (selérak); berselerak 1. bersebar, ber-sepah, berserak: dia melangkah kembali dan mengutip pinggan-pinggan yg masih ~ itu; jamuan ~ jamuan yg tetamunya mengambil sendiri makanan (dan bebas ke sana ke mari); 2. ki terdapat di mana-mana, bertaburan: syarikat penerbangan itu mempunyai wakil yg ~ di seluruh dunia; 3. tidak selari (cahaya); 4. terurai (dlm pelbagai warna); berselerakan bertaburan, bersebaran; menyelerakkan menjadikan berselerak, menyebarkan (ke merata-rata tempat); terselerak 1. tersebar (ke merata-rata tempat); 2. terbias ke sana ke mari (cahaya); 3. terurai kpd pelbagai warna (setelah terbias); penyelerakan perihal menyelerakkan (benih dll), penyebaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[se.lé.ra/] | سليرق
Definisi : /selérak/; berselerak tidak diatur dgn baik; bersepah-sepah; tersebar di mana-mana: Barang-barang permainannya ~ di bilik makan. menyelerakkan membuat menjadi berselerak; menyebarkan ke merata-rata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)