Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nah] | تانه

Definisi : a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : ark ukuran panjang yg bersamaan dgn enam kaki atau 1.8 meter, depa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : 1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
ngeleta merekahTanah ngeleta musim pengelau.Tanah merekah pada musim kemarau.keadaan benda dan permukaanBajau
belitang penahan tanah dapurBelitang ni kayu belian.Kayu penahan tanah dapurnya kayu belian.budayaBajau
negilai meratakan tanah sawahNegilai ranau endo tnaah rata tungau tonom parai.Meratakan tanah sawah supaya rata utk menanam padi.budayaBajau
patar tanah rata di atas bukitIyo muat rumah ta patar belud.Dia membina rumah di tanah rata di atas bukit.keadaan benda dan permukaanBajau
tambak dapur tempat memasakTambak ni tanah darag.Dapurnya dibuat drpd tanah merah. Bajau
kebo keadaan permukaan tanah yang luakKereta nya’ teko pelimpas ta’ laan tuaran-kota belud karna laan kebo.Kereta terkandas di laluan Tuaran-Kota Belud kerana tanah luak.keadaan benda dan permukaanBajau
tugal kayu ditajamkan dihujung utk ditancap ke tanah (membuat lubang; tempat dimasukkan benih)Tugal alap makai kayu keros.Kayu ditajamkan dihujung utk ditancap ke tanah sebaiknya kayu keras.budayaBajau
ngeletaklebo’lumpurKereta ee nie’ teko’ meneik ke ngeluuduan ta’ tanah ngeletek.Kereta itu tidak dpt bergerak kerana tanah lumpur itu licin.keadaan benda dan permukaanBajau
ngeremed perbuatan tidak senonoh, membuat kotor di sana-siniDinding aa rei ngeremed engko’ tanah.Dinding itu dikotorkan dgn tanah.keadaan benda dan permukaanBajau
lo’ok tanah rendah di antara gunung/lurahKereta labu diom look.Kereta jatuh ke dalam lurah.keadaan benda dan permukaanBajau
12

Kembali ke atas