Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.juh] | توجوه

Definisi : bilangan enam ditambah satu (7), angka 7; ~ belas 17; ~ puluh 70; bintang ~ nama gugusan bintang yg tujuh banyaknya, Pleiades; ~ keliling Jk sakit kepala yg amat sangat; ~ likur malam yg kedua puluh tujuh (dlm bulan Ramadan); ketujuh-tujuh tujuh-tujuh sekali, tujuh semua­-nya: ~ anaknya sudah dewasa dan ber­jaya dlm hidup masing-masing; ~ maja­lah ini mempunyai khalayak sasarannya yg ber-lainan; bertujuh tujuh jumlahnya, tujuh (orang dll) semuanya; menujuh; ~ bulan mengadakan kenduri pd ketika orang mengandung tujuh bulan; ~ hari mengadakan kenduri pd hari yg ketujuh selepas seseorang meninggal; penujuh kenduri kerana menujuh hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.juh] | توجوه

Definisi : bilangan enam ditambah satu; 7: ~ belas 17; ~ puluh 70. ~ likur malam yg kedua puluh tujuh dlm bulan Ramadan. bertujuh tujuh jumlahnya. menujuh; ~ bulan mengadakan kenduri pd masa orang mengandung tujuh bulan. ~ hari mengadakan kenduri pd hari yg ketujuh setelah seseorang meninggal. ketujuh peringkat, bilangan dsb yg nombor tujuh: Dia mendapat tempat ~ dlm perlumbaan merentas desa. ketujuh-tujuh bertujuh sekali; bertujuh semua­nya: ~ orang pemain bola jaring itu ke­letihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tujuh

Puisi
 

Anak ayam turun tujuh,
     Satu mati tinggal enam;
Minta jauh neraka tujuh,
     Minta doa tetapkan iman.


Lihat selanjutnya...(63)
Peribahasa

Sudah tujuh duduk berjanda,
     sembilan beranak tiri,
tercecah uban di gigi.

Bermaksud :

Orang yang sudah terlalu tua, tetapi mahu beristeri atau bersuami juga.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Bahasa Sukuan Bajau

EntriSinonimTakrifContoh AyatTerjemahan Bahasa MelayuTemaBahasa
Jogo Berjaga mlm selepas ada kematian (keluarga si mati berkumpul tiap-tiap mlm) selama tujuh hariBei jo mbangi ketujuh segaa nyanu meruun jogoSelepas hari ketujuh mereka tidak lagi mengadakan majlis berjagaBudayaBajau
nutup kenduri arwah mulai hari pertama kematian sehinga hari ketujuh (majlis tahlil)Segaa nutup sebetah 7 mbangi setuut-tuut.Mereka mengadakan kenduri arwah selama tujuh hari berturut-turut.budayaBajau

Kembali ke atas