| spermatocyte | spermatosit | Biologi | Entomologi | Sel yang terbentuk daripada pertumbuhan spermatogonium, spermatosit primer dan spermatosit sekunder. Spermatosit primer menghasilkan dua spermatosit sekunder, dan tiap-tiap spermatosit sekunder itu pula menghasilkan dua spermid. |
| secondary spermatocyte | spermatosit sekunder | Perubatan | Tiada | Tiada |
| secondary spermatocyte | spermatosit sekunder | Biologi | Genetik | lih. spermatosit. |
| spermatid | spermatid | Biologi | Entomologi | Sel haploid berbentuk normal yang berbentuk daripada spermatosit sekunder dan mengalami perubahan ekstensif, kemudian menjadi spermatozoon. spermatoblas. |
| secondary spermatocyte | spermatosit sekunder | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Hasil pembahagian meiosis sel haploid spermatosit utama dan akhirnya membentuk dua spermatid haploid. |
| cytoplasmic bridge | titian sitoplasma | Perubatan | Tiada | 1. Jaluran protoplasma yang menghubungkan dua spermatosit sekunder.,2. Struktur dalam lapisan sel epidermis yang terbentuk apabila unjuran-unjuran pendek sitoplasma pada permukaan sel bertemu. |
| spermatogenesis | spermatogenesis | Biologi | Fisiologi | Proses pembentukan sperma daripada spermatogonium melalui empat peringkat, iaitu spermatosit primer, spermatosit sekunder, spermatid dan spermatozoon. Proses ini terdiri daripada dua peringkat, iaitu spermatositogenesis dan spermiogenesis. |
| spermatid | spermatid | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sel haploid berbentuk normal yang terbentuk daripada spermatosit sekunder dan mengalami proses perubahan ekstensif, kemudian menjadi spermatozoon. spermatoblas. |
| primary spermatocyte | spermatosit utama | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sel diploid, iaitu sel yang mempunyai dua set kromosom sempurna yang terbentuk daripada spermatogonium. Spermatosit utama seterusnya melalui proses meiosis untuk membentuk dua spermatosit sekunder haploid. |
| primary spermatocyte | spermatosit primer | Veterinar | Praklinikal | Sperma belum matang yang dihasilkan daripada spermatogonia dalam rangkaian pembentukan spermatozoa. Spermatosit primer berhijrah dari bahagian periferi tubul seminiferus ke tengah lumen dan mengalami meiosis untuk menghasilkan spermatosit sekunder. |