| colour saturation | tepuan warna | Fizik | Optik | Darjah pencampuran suatu warna dengan warna putih, tepuan tinggi berpadanan dengan campuran yang mempunyai sedikit warna putih, manakala tepuan rendah berpadanan dengan campuran yang mempunyai banyak warna putih. |
| saturated color | warna tertepu | Teknologi Maklumat | Tiada | Istilah yang merujuk kepada kadar kandungan warna putih di dalam suatu warna. Ketepuan suatu warna bergantung kepada betapa banyak kandungan warna putih di dalam rangsangan. Misalnya warna monokromatik adalah warna yang sangat tepu. Merah jambu kurang tepu berbanding merah spektrum tetapi lebih tepu berbanding warna putih. |
| saturated color | warna tertepu | Teknologi Maklumat | Tiada | Istilah yang merujuk kepada kadar kandungan warna putih di dalam suatu warna. Ketepuan suatu warna bergantung kepada betapa banyak kandungan warna putih di dalam rangsangan. Misalnya warna monokromatik adalah warna yang sangat tepu. Merah jambu kurang tepu berbanding merah spektrum tetapi lebih tepu berbanding warna putih. |
| harsh colours | warna garang | Kesenian | Tiada | Warna-warna yang tidak banyak mengandung warna putih. |
| white balance | imbangan putih | Komunikasi | Tiada | Proses melaraskan warna putih untuk membantu menyeimbangkan warna-warna lain. Proses ini akan menghasilkan warna yang kelihatan seperti warna asli apabila dirakamkan. Proses ini dilakukan dengan memancarkan sumber cahaya yang pelbagai jenis kepada warna berkenaan. |
| coral bleaching | pemutihan karang | Perikanan | Tiada | Perubahan warna karang kepada warna putih, disebabkan oleh pelbagai faktor seperti pencemaran air, peningkatan suhu laut, perubahan tahap kemasinan air atau gangguan oleh haiwan laut yang dikenali sebagai tapak sulaiman mahkota berduri. Karang hidup secara simbiosis dengan tumbuhan laut seperti alga zooxantela dan polip karang, yang menjadikan karang berwarna-warni. Alga merupakan sumber utama makanan bagi karang melalui proses fotosintesis, dan perubahan yang berlaku pada air laut menyebabkan karang kehilangan sumber makanannya dan berubah menjadi warna putih. |
| leuconychia | leukonikia | Perubatan | Tiada | Kehilangan warna putih pada kuku, yang tidak diketahui sebabnya. |
| antimony stibium | stibium antimoni | Kesenian | Tiada | Warna putih jernih yang bertukar menjadi kekuningan apabila didedahkan pada cahaya. |
| antimony pigment | pigmen antimoni | Kesenian | Tiada | Warna putih jernih yang bertukar menjadi kekuningan apabila didedahkan pada cahaya. |
| porcelain | tembikar; porselin | Geografi | Tiada | Perkakasan seramik gred tinggi yang dicirikan dengan kekuatan tinggi, warna putih, penyerapan rendah, kelutcahayaan yang baik, dan keupaman keras. |