| Internet of robotic things (IoRT) | Internet benda robotik (IoRT) | STEM | Tiada | Teknologi yang menggabungkan Internet benda dengan robotik. IoRT menghubungkan robot ke Internet untuk membolehkan komunikasi dan kerjasama antara satu robot dengan robot yang lain secara automatik. |
| swarm intelligence | kecerdasan kawanan | STEM | Tiada | Pendekatan kecerdasan kolektif yang diinspirasikan oleh tingkah laku sosial koloni serangga (semut, lebah) dengan pelbagai agen yang berinteraksi dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang kompleks atau mengoptimumkan tugas. |
| process engineer | jurutera proses | STEM | Tiada | Pakar yang mereka bentuk, menjalankan, menyelenggara dan menambah baik proses perindustrian. |
| intersectionality | interseksionaliti | STEM | Tiada | Rangkaian analisis yang menggunakan algoritma, pengkomputeran dan kerangka model yang saintifik untuk memahami pola identiti sosial dan politik bagi mencipta pelbagai mod diskriminasi dan hak istimewa. |
| synthetic biology | biologi sintetik | STEM | Tiada | Bidang yang menggabungkan biologi, kejuruteraan dan sains komputer untuk mereka bentuk dan membina komponen, peranti atau sistem biologi. |
| product development engineer | jurutera pembangunan produk | STEM | Tiada | Pakar yang membangunkan produk baharu dengan menganalisis keperluan, menjana idea dan reka bentuk baharu untuk menghasilkan produk berkualiti. |
| IoT technician | juruteknik internet benda | STEM | Tiada | Pakar yang mengintegrasikan sensor, peranti dan sistem kepada Internet benda. |
| synthetic food | makanan sintetik | STEM | Tiada | Makanan yang dihasilkan melalui teknologi pertanian selular dan kaedah bioteknologi sebagai alternatif bagi produk makanan konvensional. |
| public cloud | awan awam | STEM | Tiada | Perkhidmatan pengkomputeran awan yang disediakan oleh pembekal dengan memberikan perkhidmatan sumber perkomputeran (simpanan dan pelayan) kepada pelanggan melalui Internet sama ada secara percuma atau berbayar. |
| kinetic footfall | jejak kaki kinetik | STEM | Tiada | Sumber tenaga elektrik yang dijana daripada langkahan kaki manusia di atas laluan pejalan kaki dengan menggunakan bahan piezoelektrik ataupun magnetik yang diletakkan di sepanjang laluan tersebut. |