| electroceutical | elektroseutikal | STEM | Tiada | Penggunaan alat atau terapi yang menghasilkan impuls elektrik untuk merangsang saraf atau tisu, yang berpotensi merawat pelbagai penyakit dan masalah kesihatan. |
| vibration energy harvesting | penjanaan tenaga getaran | STEM | Tiada | Teknik menjana tenaga daripada getaran di persekitaran seperti getaran jambatan yang berpunca daripada pergerakan kenderaan atau getaran mesin pengilangan. Teknik ini menggunakan prinsip piezoelektrik, elektrostatik atau elektromagnetik. |
| robot ethics (roboethics) | etika robotik | STEM | Tiada | Nilai dan garis panduan berkaitan dengan isu robotik seperti aplikasi robot, interaksi robot dengan benda hidup dan hal perundangan. Contohnya, isu ancaman robot kepada manusia dan reka bentuk robot beretika. |
| markerless augmented reality (AR) | realiti terimbuh (AR) tanpa penanda | STEM | Tiada | Teknik realiti terimbuh yang tidak menggunakan penanda fizikal untuk menindih kandungan digital ke dalam dunia nyata, sebaliknya menggunakan kamera atau sensor peranti untuk mengecam atribut dunia sebenar. |
| emotion artificial intelligence | kecerdasan buatan emosi | STEM | Tiada | Teknologi kecerdasan buatan yang direka untuk mengenali, memahami dan bertindak balas terhadap emosi manusia. |
| virtual patient | pesakit maya | STEM | Tiada | Simulasi pesakit secara maya yang membolehkan pendidikan, latihan dan penyelidikan perubatan dijalankan dalam keadaan selamat dan terkawal. |
| Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) | Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) | STEM | Tiada | Disiplin ilmu yang merangkumi Sains (Fizik, Kimia dan Biologi) dan Matematik disepadukan dengan pelbagai teknologi dan kejuruteraan. |
| mathematical sciences | sains matematik | STEM | Tiada | Bidang yang membincangkan tentang konsep, teori dan aplikasi matematik secara teratur, boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. |
| environmental DNA (eDNA) | DNA persekitaran (eDNA) | STEM | Tiada | DNA yang dikumpulkan daripada sampel persekitaran seperti air, tanah, dan udara, berbanding sampel yang diperoleh secara langsung daripada sesuatu organisma. |
| virtual reality locomotion | gerak alih realiti maya | STEM | Tiada | Teknik yang membolehkan pergerakan objek dari satu tempat ke tempat yang lain dalam persekitaran maya. |