| virtual reality sickness | mabuk realiti maya | STEM | Tiada | Perasaan tidak selesa atau keliru dengan keadaan sekeliling yang boleh berlaku semasa mengalami persekitaran maya. |
| self configuring robot | robot berkonfigurasi kendiri | STEM | Tiada | Robot yang mampu mengubah konfigurasi bentuk, struktur atau susun atur dengan sendiri. |
| mechanobiology | mekanobiologi | STEM | Tiada | Bidang yang memfokuskan kesan daya fizikal dan perubahan ciri mekanikal sel dan tisu terhadap perkembangan dan pembahagian sel, fisiologi sistem hidup serta perkembangan penyakit. |
| exometeorology | eksometeorologi | STEM | Tiada | Kajian tentang atmosfera dan fenomena semula jadi, termasuk keadaan cuaca yang berlaku pada planet selain bumi. |
| voice based application | aplikasi berasaskan suara | STEM | Tiada | Perisian atau program yang menggunakan teknologi pengecaman suara untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi melalui arahan atau pertanyaan yang dituturkan dan memberikan tindak balas yang sewajarnya. |
| self healing concrete | konkrit swasembuh | STEM | Tiada | Konkrit yang berupaya untuk membaiki rekahan secara kendiri melalui beberapa mekanisma seperti pembaikan sendiri dengan kehadiran air, penambahan bahan tambah mineral tertentu, dan penggunaan kapsul mikro khas di dalam konkrit. Konkrit ini berupaya menutup rekahan serta mengembalikan sebahagian daripada sifat mekanikal bagi elemen struktur tersebut. |
| mechanochemistry | mekanokimia | STEM | Tiada | Bidang yang memfokuskan tindak balas kimia yang dihasilkan melalui pengaruh daya dan rangsangan mekanikal. Tindak balas ini pantas dan lestari kerana tidak menggunakan penambahan bahan kimia dan menjimatkan tenaga. |
| exoplanet | eksoplanet | STEM | Tiada | Planet yang mengelilingi bintang selain matahari yang mengikut peredaran orbit. |
| wearable device | peranti boleh pakai | STEM | Tiada | Peranti yang boleh dipasang pada anggota badan pengguna untuk mengesan, merekod, menganalisis dan menghantar data dan maklumat bagi tujuan tertentu. |
| sentiment analysis | analisis sentimen | STEM | Tiada | Proses berteraskan model matematik dan algoritma dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan teknik pembelajaran mesin untuk mengenal pasti, mengekstrak dan mengklasifikasi maklumat subjektif dalam data teks, seperti pendapat, emosi dan sikap pengguna. |