Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata 18 1%


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sarossarosMatematikTiadaKitar waktu selama 18 tahun 11 1/3 hari, atau 18 tahun 10 1/3 hari jika 5 tahun lompat bukan 4 termasuk dalam tempoh tersebut. Apabila pusat matahari dan bulan, dan nod orbit bulan kembali ke kedudukan relatif yang sama.
saros cyclekitar sarosMatematikTiadaKitar waktu selama 18 tahun 11 1/3 hari, atau 18 tahun 10 1/3 hari jika 5 tahun lompat bukan 4 termasuk dalam tempoh tersebut. Apabila pusat matahari dan bulan, dan nod orbit bulan kembali ke kedudukan relatif yang sama.
aggregate gradingpenggredan agregatKejuruteraanKejuruteraan BangunanPenggredan yang dilakukan terhadap batu, pasir dan sebagainya kepada saiz-saiz tertentu. Ayak piawai digunakan dengan saiz bukaan 4.76 mm. 2.36 mm, 1.18 mm, 600 um, 150 um untuk agregat halus manakala untuk agregat kasar yang berukuran 40 mm hingga 5 mm. Susunan saiz ayak ialah 50 mm, 37.5 mm, 20 mm, 14 mm, 10 mm, 5.0 mm dan 2.36 mm.
Brokaw correlationkorelasi BrokawKejuruteraanKejuruteraan KimiaKorelasi Hirschfelder yang diperbaik untuk meramalkan pekali resapan gas perduaan yang mengandungi molekul berkutub dengan menganggarkan kamiran perlanggaran sebagai WD = WDO + 0.196 dAB2/T*, T* = kB T/eAB, eAB = (eA/kB + eB/kB)1/2, eA = 1.18 (12 + 1.3 dA) TB, dAB = (dA dAB)1/2, dA = 1.94 x 103 mP/(VB TB), dengan WD = kamiran perlanggaran bahan berkutub, WDO = kamiran perlanggaran bahan tak berkutub, kB = pemalar Boltzmann, VB = isi padu molar larutan pada suhu didih, TB = suhu didih, T = suhu.
prime factorfaktor perdanaMatematikTiada1. Faktor yang merupakan nombor perdana. Misalnya, 2 dan 3 ialah faktor perdana bagi 18, tetapi 6 bukan faktor perdana bagi 18. 2. Faktor fungsi yang tidak dapat difaktorkan selanjutnya. Misalnya, (x-1) ialah faktor perdana bagi (x4-1), tetapi (x2-1) bukan faktor perdana bagi (x4-1).
quintillionkuintilionMatematikTiadaNombor 1 diikuti oleh 18 sifar. Nilai ini boleh ditulis dalam bentuk 1018 atau 1 000 000 000 000 000 000.
ariettaariettaMuzikTiada1. Sebuah aria pendek, ringkas dan biasanya dikaryakan dalam bentuk biner. 2. Aria yang dikenali sebagai arietta dalam opera Perancis muncul pada awal abad ke-18. Manakala pada akhir abad ke-18, arietta ialah sebuah lagu opéra comique Perancis yang melibatkan teknik vokal virtuoso.
proportional spacingjarak berkadaranPendidikanTiada

18.95pt; background: white; mso-line-height-rule: exactly">Pemaparan teks supaya setiap aksara mengambil jarak yang berbeza bergantung kepada kelebarannya.

safeguardskirt lindung; apron; pakaian lindungKesenianTiada1. Skirt lindung: Skirt lilit keliling yang biasanya daripada kain tenun tangan, berwarna merah, kelabu atau hitam, untuk melindungi pakaian daripada kotor semasa menunggang kuda, bertani dan sebagainya, popular pada abad ke-14, ke-17 dan ke-18.,2. Apron: Apron warna yang dipakai oleh pembuat roti dan pekedai pada abad ke-16 hingga ke-18.,3. Pakaian lindung: Istilah jalur tirus fabrik yang digunakan untuk membalut bayi dari dahulu hingga akhir abad ke-18.
flourineflourinKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, ahli keluarga halogen, simbol F, nombor atom 9, berat logam 18.998, nombor pengoksidaan –1, takat beku –219oC, takat didih –188oC, berbentuk gas dwiatom, berwarna kuning pucat, berbau sengit, beracun, sangat reaktif, merupakan unsur yang paling elektronegatif dan agen pengoksidaan yang sangat kuat. Sumber semula jadi unsur ini ialah bijih fluorspar dan kriolit. Flourin diperoleh melalui elektrolisis asid hidrofluorik-kalium fluorida lakur. Unsur ini digunakan untuk membuat sebatian fluorida, fluorokarbon dan sebagai bahan api roket serta bahan perantaraan kimia.
123456

Kembali ke atas