| astatine | astatin | Kimia | Tiada | Unsur radioaktif bukan logam dalam kumpulan halogen, iaitu kumpulan VIIA (atau 17) jadual berkala, simbol At, nombor atom 85, berat atom 211, nombor pengoksidaan +1, takat lebur 302oC, takat didih 337oC, latur di dalam benzena dan kloroform. Unsur ini diekstrak daripada bijih monazit dan juga secara pembedilan bismut dengan zarah alfa. Isotop yang paling stabil, iaitu At-210, mempunyai setengah hayat 8.3 jam. |
| viscosity index | indeks kelikatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ukuran perubahan kelikatan minyak pada suhu 100°C. Minyak rujukan yang digunakan ialah jenis Pensylvania (minyak be- rasaskan parafin) yang diberikan indeks 100 dan jenis Pantai Teluk Texas (minyak berasaskan naftena) yang diberikan indeks sifar. Indeks tinggi menandakan perubahan kelikatan yang kecil dengan perubahan suhu dan diperlukan untuk enjin yang beroperasi dalam julat suhu yang besar. Indeks rendah pula menandakan perubahan kelikatan yang besar dengan perubahan suhu. Contohnya, minyak pelincir gred 0W30 mempunyai indeks 211, gred 5W30 mempunyai indeks 168 dan gred 10W30 mempunyai indeks 143. Semua minyak ini mempunyai kelikatan yang sama pada suhu 100°C. Pada suhu yang lebih sejuk, gred 10W30 berkelikatan tertinggi, manakala 0W30 berkelikatan terendah dan akan mula mengalir dengan lebih mudah pada suhu sejuk. Lihat juga kelegaan injap. Modul komputer yang mengandungi maklumat dan atur cara mengikut konfigurasi enjin seperti data tentang operasi enjin. Maklumat dan atur cara ini digunakan tanpa bole |