| Ludwigia sp. | Ludwigia sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang kebiasaannya tumbuh di kawasan paya dan boleh hidup di dalam air. Daun tumbuh-tumbuhan ini berada di luar air dan bersaiz antara 0.5 – 2.0 cm panjang dengan 0.25 cm lebar. Daun yang berada di dalam air lebih panjang dan nipis berbanding dengan daun yang berada di luar air. Antara jenis Ludwigia sp. ialah Ludwigia sedioides, Ludwigia arcuata, Ludwigia brevipes, Ludwigia grandulosa, Ludwigia inclinata, Ludwigia ovalis, Ludwigia palustris dan Ludwigia repens. |
| water conservation | pemuliharaan air | Botani | Tiada | Kaedah penyesuaian tumbuhan bagi mengurangkan kadar kehilangan air. Kaedah ini dilakukan bagi mengelakkan kematian tumbuhan semasa kemarau. Keupayaan tumbuhan untuk menyimpan air dan juga mengurangkan arus transpirasi akan mengurangkan penurunan potensi air daun. Tumbuhan yang mempunyai mekanisme sedemikian dikenali sebagai tumbuhan jimat air, contohnya tumbuhan xerofit. |
| Azidarachta india, Melia indica (Sin) | Mambu | Pertanian | Tiada | Pokok ini daripada famili Meliaceae yang ditanam sebagai teduhan dan landskap. Daunnya bersifat racun serangga dan daun-daun telah dikeringkan sering kali digunakan di dalam perpustakaan lama di India untuk menghalau serangga dan buku. Asap daun yang dibakar boleh membunuh beberapa jenis serangga. Bahan pahit pada pokok mambu ialah azadarin dan margosin, iaitu bahan resin. Daun kering, kulit batang dan kulit akar dikeringkan dan dibuat ubat. Daunnya pahit dan dibuat ubat pupuk untuk ulser, sakit kulit dan bisul. Daun yang segar dibuat ubat penyakit kompleks dan demam. Air rebusan daun yang diminum sebagai ubat. Kulit batangnya dijadikan tonik yang pahit, astringen dan antiperiodik, iaitu berguna untuk mengubati demam. Tonik ini berupaya menghindari urutan demam berkala pesakit demam malaria selain berguna untuk penyakit kulit. Biji mambu mengandungi sejenis minyak berwarna kuning pekat, bersifat alerid dan berbau seperti bawang putih. Minyak ini bersifat anthelmintik dan antiseptic. Di Sri Lanka dan India, mi |
| Wedelia biflora | serunai laut | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan renek yang bercabang dalam famili Asteraceae. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan paya bakau, muara sungai dan kawasan berpasir tepi laut. Daunnya jenis ringkas berbentuk bujur telur dan tepinya bergerigi kecil. Bunganya kecil berwarna kuning, banyak dan tersusun padat pada jambak yang berbentuk tongkol. Bijinya mempunyai gabus, menyebabkannya boleh terapung di dalam air. Daun yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk merawat kulit yang terkena selaran matahari, bisul, bengkak, luka, sakit gigi dan gusi, melawaskan kencing, penyakit kelamin dan sembelit serta digunakan sebagai herba untuk ibu selepas bersalin. |
| withering | pelayuan | Pertanian | Agroteknologi | Proses untuk mengurangkan kandungan air di dalam daun tanpa menggunakan haba. Contohnya, pelayuan merupakan langkah pertama dalam pemprosesan daun teh. Setelah dituai, daun teh dibiarkan 12 jam dalam bekas berlubang dengan saluran udara supaya daun kehilangan sebahagian air dan menjadi lembut untuk proses seterusnya. |
| xerophyte | xerofit | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang dapat menyesuaikan diri untuk hidup dalam keadaan kering dengan mempunyai ciri-ciri yang dapat mengurangkan transpirasi, seperti stomata yang terbenam di dalam daun, daun yang berbentuk duri, dan kutikel yang tebal. Ada juga xerofit yang mempunyai daun tebal dan berlendir yang digunakan untuk menyimpan air. |
| half leaf test | ujian daun setengah | Biologi | Patologi | Kaedah asai belur setempat yang menggunakan satu helaian daun. Setengah helaian daun diinokulasi manakala setengah helaian lagi diinokulasi dengan air steril sebagai pembanding. Kaedah ini lebih baik daripada ujian daun setentang kerana perbezaan antara bahagian yang diinokulasi dengan helaian pembanding dalam kaedah ujian daun setentang adalah lebih kecil. |
| reniform | reniform | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk daun seperti ginjal. Contohnya, daun pegaga air (Hydrocotyle asiatica). |
| hydathode | hidatod | Biologi | Histologi dan Sitologi | Struktur epidermis khusus yang merembeskan atau mengeksudat air dan biasanya terdapat pada hujung urat daun.stoma air; liang air. |
| petioled budding | cantuman tunas berpetiol | Pertanian | Agronomi | Teknik cantuman menggunakan tangkai atau pelepah daun baru yang disisipkan pada ketiak daun pokok penanti. Kelaran secara melintang dan menurun dibuat sedikit pada ketiak daun bagi menyelitkan tangkai daun yang diruncingkan hujungnya. Setelah sisipan dibuat, kedua-dua tangkai daun dan pokok penanti diikat selama sebulan menggunakan tali pita bagi mengelak terkena air. |