| builder | juru bina | Alam Bina | Tiada | Pakar dalam kerja-kerja pembinaan. |
| architecture | seni bina | Alam Bina | Tiada | Bidang ilmu yang mengkhusus tentang seni dan sains reka bentuk bangunan dan binaan. |
| yoke | dening | Alam Bina | Tiada | Pengikat yang ditempatkan pada bahagian atas acuan dinding ataupun pada keliling acuan tiang dengan tujuan menghalangi tekanan sisi semasa penuangan konkrit. |
| zone | zon | Alam Bina | Tiada | Kawasan atau daerah yang boleh dikenal pasti mengikut ciri-ciri pengenalan atau sifat-sifat tertentu. |
| zoning | pengezonan | Alam Bina | Tiada | Pembahagian kawasan tertentu yang dibuat dalam pelan khas atau yang telah dipastikan berdasarkan kegunaan tanah, kepadatan penduduk dan jenis rumah. |
| skirting | kambi | Alam Bina | Tiada | Kemasan pada kaki dinding atau perabot. |
| truss | kekuda | Alam Bina | Tiada | Rangka kayu atau besi yang tegar, biasanya berbentuk segi tiga disusun dan direka untuk memindahkan beban yang ditanggungnya ke titik-titik sokongan. |
| rotunda | rotunda | Alam Bina | Tiada | Bilik bulat berbumbung kubah. |
| roundabout | bulatan | Alam Bina | Tiada | Kawasan berbentuk lingkaran yang dibuat di persimpangan jalan untuk memudahkan pengaliran lalu lintas. |
| sanding | pempelasan | Alam Bina | Tiada | Proses melicin permukaan kayu dengan bahan pempelas. |