| building setback | anjakan bangunan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu piawaian yang menetapkan jarak minimum antara sempadan lot dengan bangunan yang hendak didirikan. |
| building setback | anjakan bangunan | Sosiologi | Tiada | Jarak antara bangunan dengan sempadan yang perlu bebas daripada sebarang binaan kekal mengikut peruntukan undang-undang kecil bangunan. |
| building line | garis bangunan | Alam Bina | Tiada | Garis yang ditentukan mengikut anjakan bangunan. |
| building setback | anjakan bangunan | Alam Bina | Tiada | Jarak antara bangunan dengan sempadan yang perlu bebas daripada sebarang binaan kekal mengikut peruntukan undang-undang kecil bangunan. |
| settlement | enapan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Anjakan yang terjadi pada tanah ataupun asas bangunan selepas ia dibebani sepenuhnya. Anjakan yang berlaku selalunya kecil dan tidak mengakibatkan kerosakan yang ketara pada struktur bangunan. |
| bending | lenturan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Anjakan yang terbentuk pada rasuk atau pada tiang yang dibebani di bahagian rentangnya, sementara di kedua hujungnya dipangsi. |
| deflection | pesongan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Anjakan yang terjadi pada anggota struktur (rasuk, tiang) akibat daripada lenturan oleh berat sendiri atau beban yang dikenakan. |
| creep | rayap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Anjakan yang terjadi pada struktur konkrit apabila dibebani oleh beban pada masa tertentu. |
| setback | anjakan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jarak yang dibenarkan di antara bangunan dengan sempadan tanah. |
| setback regulation | peraturan anjakan | Sosiologi | Tiada | Satu peraturan di bawah undang-undang bertulis yang menghendaki sesuatu bangunan itu dibina pada jarak tertentu dari jalan atau sempadan lot tanah. |