| International Labour Organization (ILO) | Pertubuhan Buruh Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Pertubuhan khusus PBB beribu pejabat di Geneva yang ditubuhkan oleh Perjanjian Versailles pada tahun 1919 dan menjadi agensi PBB pada tahun 1946. Pertubuhan ini berjuang untuk memperbaik keadaan buruh, meningkatkan taraf kehidupan dan keadilan sosial. Antara usaha antarabangsa yang dilakukan adalah memperbaik syarat waktu bekerja, gaji yang mencukupi, perlindungan pekerja terhadap penyakit dan kecederaan semasa bekerja, perlindungan bagi wanita dan kanak-kanak, serta perlindungan bagi pekerja yang bekerja di luar negara. Selain itu, pertubuhan ini juga menerbitkan bahan yang mengandungi perangkaan buruh dan nasihat kepada pekerja. Pertubuhan ini mempunyai persidangan umum yang terdiri daripada wakil negara anggota dan badan yang memerintah terdiri daripada 56 ahli (28 ahli mewakili kerajaan, 14 ahli mewakili majikan dan 14 ahli mewakili pekerja). Pertubuhan ini dibiayai dengan sumbangan daripada 175 buah negara anggotanya. Sinonim ILO. |
| AI berdaulat | sovereign AI | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Keupayaan sesuatu negara dalam menghasilkan dan mengurus tadbir sistem AI dengan menggunakan infrastruktur, data, sumber manusia dan rangkaian perniagaan tempatan secara bebas dan merdeka tanpa bergantung kepada sistem negara lain serta mengikut nilai kebudayaan sesebuah negara. Di Malaysia, antara usaha ke arah AI berdaulat termasuk pembangunan Kamus Kecerdasan Buatan, LLM Bahasa Melayu, Garis Panduan Kebangsaan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan, serta penubuhan National AI Office (NAIO). Sinonim kedaulatan AI. |
| lever | tuil | Mekanik | Gunaan | Rasuk tegar yang disokong oleh sangga tuas pada satu titik rasuk tersebut, manakala pada dua titik lain ia dikenakan beban serta usaha untuk mengimbangkan beban [Rajah T3]. Tuil terbahagi kepada tiga kategori. Apabila sangga tuas berada di antara beban dengan usaha, ia dinamai tuil tertib pertama; apabila beban berada di antara usaha dengan sangga tuas, ia dinamai tuil tertib kedua; dan apabila usaha berada di antara sangga tuas dan beban, ia dinamai tuil tertib ketiga. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 203 RAJAH T3 |
| crop-sharing | badhr | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad usaha sama tanaman antara pemilik tanah dengan pengusaha. Akad ini juga dikenali sebagai perkongsian dalam sektor pertanian. Dalam usaha sama ini, pemilik tanah menyerahkan tanah kepada pengusaha untuk diusahakan dan kedua-dua pihak terlibat secara langsung dalam projek penanaman. Dalam usaha sama ini juga, benih tanaman disediakan oleh pemilik tanah. Keluaran tanaman dibahagikan mengikut persetujuan. |
| crop-sharing | mukhabarah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad usaha sama tanaman antara pemilik tanah dengan pengusaha. Akad ini dikenali juga sebagai perkongsian dalam sektor pertanian. Dalam usaha sama ini, pemilik tanah menyerahkan tanah kepada pengusaha untuk diusahakan dan kedua-dua pihak terlibat secara langsung dalam projek penanaman. Dalam usaha sama ini juga, benih tanaman disediakan oleh pengusaha dan keluaran tanaman dibahagikan mengikut persetujuan. |
| pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha |
| agricultural land leasing/ agriculture land pawning | mugharasah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad usaha sama tanaman antara pemilik tanah dengan pengusaha. Dalam usaha sama ini, pemilik tanah menyerahkan tanah kepada pengusaha untuk diusahakan manakala peralatan, benih dan semua modal kerja disediakan oleh pengusaha. Hasil tanaman akan dikongsi bersama dan dibahagikan mengikut persetujuan. Mugharasah dikenali juga sebagai perkongsian dalam sektor pertanian. Sinonim pajakan tanah pertanian. |
| regional collaboration | kerjasama wilayah | Sosiologi | Tiada | Persefahaman dan usaha sama antara wilayah dalam hal ekonomi, pentadbiran, perkhidmatan, dan sebagainya. |
| crop-sharing/leasing of land for agriculture | muzara‘ah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad usaha sama tanaman antara pemilik tanah dengan pengusaha. Akad ini juga dikenali sebagai perkongsian dalam sektor pertanian. Dalam usaha sama ini, pemilik tanah menyerahkan tanah kepada pengusaha untuk diusahakan dan kedua-dua pihak yang terlibat secara langsung dalam projek penanaman. Penyediaan benih tanaman dan cara pembahagian hasil bergantung pada persetujuan kedua-dua pihak yang berakad. Muzara‘ah dikenali sebagai mukhabarah, badhr dan mugharasah bergantung pada syarat-syaat yang dipersetujui. Muzara‘ah bergantung pada pihak yang menyediakan benih tanaman dan akad ini juga boleh dikenali sebagai kharaj bergantung pada cara hasil tersebut dibahagikan. |
| regional collaboration | kerjasama wilayah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persefahaman dan usaha sama antara wilayah dalam hal ekonomi, pentadbiran, perkhidmatan, dan sebagainya. |