| computer security | keselamatan komputer | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Subbidang Sains Komputer yang menyentuh beberapa topik yang merangkumi keselamatan data dan maklumat, keselamatan atur cara dan perisian, dasar keselamatan, keselamatan perkakasan, dan keselamatan aset sistem komputer. Keselamatan komputer juga dikaitkan dengan beberapa aspek utama seperti yang berikut: a. Kerahsiaan untuk memastikan bahawa maklumat tidak dicapai oleh pengguna yang tidak sah. b. Integriti dalam memastikan bahawa maklumat asal tidak diubah oleh pengguna yang tidak sah, sehingga pengguna tidak menyedari perubahan yang berlaku. c. Pengesahan untuk memastikan identiti pengguna yang sah. d. Kawalan capaian dalam memastikan hanya pengguna yang sah boleh mencapai sumber dan perkhidmatan yang disediakan. e. Tanpa sangkalan bagi memastikan penghantar mesej atau pengguna sistem tidak boleh menafikan perbuatan yang telah dilakukan. f. Kesediaan untuk memastikan bahasa sistem yang disediakan berfungsi dan beroperasi dengan baik. g. Hak persendirian dalam memastikan bahawa hak dan maklumat peribadi |