Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
judicial independencekebebasan kehakimanPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip asas badan kehakiman yang tidak terpengaruh dengan pihak tertentu khususnya badan eksekutif, badan perundangan dan pihak yang berkepentingan di dalam sesuatu pengadilan. Kebebasan ini bertujuan untuk menjamin keadilan dan memastikan hak orang ramai dilindungi. Bidang kuasa badan ini merangkumi tugas mentafsir perlembagaan dan undang-undang negara, menjalankan pengadilan di mahkamah serta mentafsir dan mengesahkan sesuatu tindakan kerajaan. Ia juga merupakan badan pengimbang kuasa di antara badan eksekutif dan perundangan. Setiap keputusan badan kehakiman perlu dihormati oleh semua pihak. Hanya Yang di-Pertuan Agong yang berhak meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan ini. Ia menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dan persaingan kuasa antara pihak tertentu seperti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau di antara dua kerajaan negeri.

state authoritypihak berkuasa negeriSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang sah dimiliki oleh badan pemerintah sesebuah negara atau negeri. Autoriti ini sah apabila badan tersebut memperolehnya menurut peraturan perlembagaan dan tidak secara rampasan kuasa atau pemberontakan. Autoriti ini membolehkan pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan rasmi seperti yang telah diluluskan oIeh badan perundangan. Bagi sistem demokrasi, tempoh autoriti pemerintahan pusat adalah berkala. Apabila penggal atau tempoh pemerintahan tamat, autoriti ini perlu dikembalikan kepada rakyat untuk pemilihan semula. Autoriti ini boleh dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang menguruskan pentadbiran negara atau negeri seperti institusi polis, kastam, imigresen, jabatan hasil dan kerajaan tempatan. Sinonim pihak berkuasa negara/autoriti negeri/autoriti negara.
state executive councilmajIis mesyuarat negeriSains PolitikPolitik PerbandinganSatu badan atau jawatankuasa yang memiliki kuasa eksekutif dalam sesebuah negeri yang mengamalkan sistem negara persekutuan dan demokrasi berparlimen. Anggota majlis ini dilantik daripada kalangan ahli dewan perundangan atau dewan undangan negeri yang menguasai majoriti dewan. Mereka melaksanakan pemerintahan di peringkat negeri seperti yang telah diluluskan oleh dewan undangan negeri dengan mengagih-agihkan portfolio seperti Exco kewangan, pertanian, pendidikan, perumahan, alam sekitar dan sebagainya, sebagaimana tugas anggota kabinet di peringkat pusat. Contohnya, setiap negeri di Malaysia mempunyai majlis mesyuarat negeri masing-masing.
ratificationratifikasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaCara sesebuah negara menzahirkan persetujuan untuk terikat dengan sesuatu perjanjian. Sebarang kemungkiran oleh negara tersebut boleh membawa kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa. Kuasa meratifikasi berada di tangan ketua negara, ketua kerajaan dan menteri luar negeri. Walau bagaimanapun, kuasa meratifikasi tertakluk kepada perlembagaan sesebuah negara. Terdapat negara yang mensyaratkan keizinan daripada badan perundangan sebelum proses ratifikasi dilakukan.

Kembali ke atas