| design speed | halaju reka bentuk | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kelajuan paling tinggi yang selamat yang disyorkan untuk kenderaan dalam keadaan isi padu yang sederhana berasaskan ciri-ciri reka bentuk jalan. |
| building control | kawalan bangunan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Spesifikasi yang diperuntukkan oleh undang-undang pihak berkuasa tempatan dari segi reka bentuk bangunan dan kerja-kerja pembinaan bagi menjamin sesebuah bangunan itu selamat diduduki. |
| urban planning standard | piawaian perancangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu ukuran pembangunan fizikal yang diterima oleh pihak berkuasa perancangan untuk digunakan sebagai garis panduan untuk merancang dan mengawal peran- cangan ke arah tahap yang selesa, ekonomi, dan selamat. |
| defensible space | ruang sangga | Kesenian | Seni Bina | 1. Kawasan persekitaran seperti bangunan atau kediaman yang direka bentuk bagi mengurangkan risiko kebakaran. Kawasan persekitaran tersebut dipastikan perlu mempunyai kemudahan perintang api dan menyediakan kawasan selamat bagi memastikan kebakaran tidak merebak lebih cepat ke kawasan lain. 2. Teori yang diasaskan oleh arkitek dan perancang bandar, Oscar Newman tentang pertahanan diri. Pemikirannya merangkumi idea-idea tentang ruang peribadi dan komuniti dalam pencegahan jenayah dan keselamatan kejiranan. Teori ini dibangunkan pada awal tahun 1970. Defensible Space ialah buku pertama beliau yang ditulis pada tahun 1972. |