Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bencana Banjir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flood proofingpengalisan banjirHidrologiTiadaTeknik untuk mencegah kerosakan banjir kepada binaan dan isi bangunan di kawasan bencana banjir.
act of Godbencana alamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKejadian alam atau kesan semula jadi yang berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan banjir akan menghalang sesuatu pihak daripada melaksanakan kewajipan mereka di sisi undang-undang antarabangsa. Bencana alam akan membebaskan pihak tersebut daripada sebarang liabiliti atau dipertanggungjawabkan atas perlanggaran kewajipan. Contohnya, dalam sesuatu kontrak atau perjanjian antarabangsa, terdapat klausa umum berkenaan bencana alam yang menyatakan bahawa sesuatu pihak itu akan dikecualikan daripada dipertanggungjawabkan apabila sesuatu bencana alam berlaku.
contingency costkos luar jangkaanKejuruteraanKejuruteraan KimiaKos untuk peralatan kecemasan ketika bencana, seperti banjir dan kebakaran, perubahan harga, dan kesilapan dalam reka bentuk. Kos ini dianggarkan 5 � 15% pelaburan modal tetap.
crop damagekerosakan tanamanPertanianAgronomi

 Keadaan tanaman akibat malapetaka seperti banjir, kemarau, ribut, kebakaran dan serangan perosak atau penyakit. Kerosakan ini akan mengakibatkan hasil tanaman daripada sesuatu kawasan menjadi lebih rendah daripada biasa. Contohnya, selepas berlaku sesuatu bencana seperti banjir, tinjauan akan dibuat di kawasan tersebut untuk menentukan peratus kerosakan tanaman. Di kawasan padi, kerosakan tanaman selepas banjir mungkin 60 peratus, maka dianggarkan hasil padi di kawasan itu akan turut menurun dengan kadar 60 peratus. Bantuan kerajaan terhadap petani yang terlibat akan juga dinilai mengikut peratus kerosakan tanaman.

global warmingpemanasan globalPelanconganTiadaPeningkatan suhu dunia disebabkan oleh proses pembangunan yang tidak terancang dan mengakibatkan bencana alam, seperti banjir kilat, dan kepupusan spesies flora dan fauna.
national disasterbencana negaraKejururawatanTiadaKejadian alam semula jadi seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan tsunami yang terjadi di sesebuah negara.
catastrophic agentagen bencana alamBiologiEkologiAgen perosak semula jadi, seperti letupan gunung berapi, banjir dan gempa bumi. Kadar kerosakan yang terjadi tidak bergantung pada saiz populasi. Sinonim faktor tidak bersandarkan ketumpatan.
natural hazardbencana alamKejuruteraanTiadaKejadian yang berlaku akibat daya alam semula jadi dan menyebabkan kesukaran, kecederaan, atau kematian, misalnya banjir, gempa bumi dan tanah runtuh.
act of Godkudrat Tuhan; bencana alamPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan yang tidak dapat ditentukan oleh manusia dan yang tidak perlu dipertanggungjawabkan misalnya banjir, gempa bumi dan sebagainya.
risk based thinkingpemikiran berasaskan risikoPengurusanPerancanganSuatu cara berfikir tentang kesan daripada keputusan atau tindakan yang diambil, yang mungkin akan menjejaskan operasi organisasi. Risiko bermakna sesuatu kemungkinan yang akan berlaku dan memberikan kesan negatif atau bencana kepada organisasi. Pemikiran berasaskan risiko diperlukan supaya pembuat keputusan akan lebih bersedia untuk mengatasi masalah sekiranya menghadapi situasi yang boleh memudaratkan organisasi. Contohnya, sebuah bank perdagangan yang merancang untuk memastikan langkah perlindungan dan pemulihan dilaksanakan bagi menyelamatkan operasi perniagaaan sekiranya berlaku bencana seperti banjir besar.
12

Kembali ke atas