Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
act of Godbencana alamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKejadian alam atau kesan semula jadi yang berlaku di luar kawalan manusia. Bencana alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi dan banjir akan menghalang sesuatu pihak daripada melaksanakan kewajipan mereka di sisi undang-undang antarabangsa. Bencana alam akan membebaskan pihak tersebut daripada sebarang liabiliti atau dipertanggungjawabkan atas perlanggaran kewajipan. Contohnya, dalam sesuatu kontrak atau perjanjian antarabangsa, terdapat klausa umum berkenaan bencana alam yang menyatakan bahawa sesuatu pihak itu akan dikecualikan daripada dipertanggungjawabkan apabila sesuatu bencana alam berlaku.
national disasterbencana negaraKejururawatanTiadaKejadian alam semula jadi seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi dan tsunami yang terjadi di sesebuah negara.
catastrophic agentagen bencana alamBiologiEkologiAgen perosak semula jadi, seperti letupan gunung berapi, banjir dan gempa bumi. Kadar kerosakan yang terjadi tidak bergantung pada saiz populasi. Sinonim faktor tidak bersandarkan ketumpatan.
natural hazardbencana alamKejuruteraanTiadaKejadian yang berlaku akibat daya alam semula jadi dan menyebabkan kesukaran, kecederaan, atau kematian, misalnya banjir, gempa bumi dan tanah runtuh.
environmental hazardbahaya alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauBahan atau keadaan yang boleh memudaratkan persekitaran semula jadi atau memberikan kesan negatif terhadap kesihatan ekosistem. Bahaya alam sekitar merangkumi pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti manusia, contohnya pembakaran terbuka, pelepasan sisa toksik secara haram dan bencana alam seperti ribut, gempa bumi, banjir dan letusan gunung berapi.

Kembali ke atas