| resistance crop variety | jenis tanaman berdaya tahan | Ekonomi | Tiada | Tiada |
| cyber resilience | kebingkasan siber | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kemampuan organisasi untuk berdaya tahan dan bertindak pantas dalam menghadapi dan memulihkan perniagaan daripada serangan siber. |
| snowflake generation | generasi salju/generasi rapuh | Umum | Tiada | Generasi yang lahir pada atau selepas tahun 2010 yang dikatakan kurang berdaya tahan dan lebih cenderung untuk tersinggung berbanding generasi sebelumnya. |
| distributed cloud | awan teragih | STEM | Tiada | Perkhidmatan pengkomputeran awan yang beroperasi dengan sokongan infrastruktur awan dan sumber dari pusat data di pelbagai lokasi. Perkhidmatan ini boleh diskalakan, fleksibel dan berdaya tahan. |
| chemical modification | pengubahsuaian kimia | Buluh | Tiada | Pengubahsuaian sifat buluh menggunakan bahan kimia seperti anhidrida, isosianida dan asid karboksilik. Bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan kumpulan hidroksil (-OH) pada buluh dan mengubah sifat buluh menjadi lebih kuat dan berdaya tahan. |
| Green Climate Fund (GCF) | Kumpulan Wang Iklim Hijau (GCF) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Kumpulan wang yang ditubuhkan untuk menyokong negara membangun bagi meningkatkan dan merealisasikan cita-cita Sumbangan Ditentukan Negara dan hala tuju iklim yang berdaya tahan. |
| photobleaching | fotoluntur | Fizik | Nanoteknologi | Pemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul. |