| DS (digital signal) | DS (isyarat digital) | Teknologi Maklumat | Tiada | Isyarat elektrik yang mempunyai dua arus khusus untuk mewakili dua keadaan logik perduaan. |
| entropy change of mixing | perubahan entropi pencampuran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Perbezaan antara netropi larutan sebenar dengan jumlah entropi spesies tulen yang dijelaskan sebagai DS = S � RSxjSj , dengan DS = perubahan entropi pencampuran (J/mol K), S = entropi larutan sebenar (J/mol K), Sj = entropi spesies tulen (J/mol K), xj = pecahan mol. Perubahan entropi pencampuran dihubungkan dengan entropi lebihan SE sebagai DS = SE � RSxj 1n xj. |
| DS/DD (double sided double density | DS/DD (dwimuka ketumpatan berganda) | Teknologi Maklumat | Tiada | Cakera yang menggunakan kedua-dua permukaan dengan ketumpatan berganda. Muatan storan cakera ini ialah 720KB. |
| DS-HD (double sided high density) | DS-HD (dwimuka ketumpatan tinggi) | Teknologi Maklumat | Tiada | Cakera yang menggunakan kedua-dua permukaan dengan ketumpatan tinggi. Muatan storan cakera ini ialah 1.44 megabait. |
| centre of curvature | pusat kelengkungan | Mekanik | Gunaan | Pusat bagi tembereng lengkok pembeza yang berbentuk lengkung. Dari segi geometri, lengkung terbentuk daripada rentetan tembereng lengkok pembeza ds, dengan setiap tembereng ds itu ialah lengkok bagi suatu bulatan yang unik. pusat bulatan itu merupakan pusat kelengkungan bagi lengkung pada titik yang berpadanan dengan kedudukan tembereng. |
| velocity | halaju | Mekanik | Gunaan | Kadar sesaran terhadap masa. jika perubahan kedudukan, atau sesaran, yang berlaku dalam masa infinitesimal dt ialah ds, maka halaju v diberikan oleh hubungan v = ds/dt diukur dalam unit m.s-1. (Perhatikan bahawa halaju ialah kuanti vektor. magnitud bagi halaju dinamai ‘kederasan’ atau ‘laju’). |
| entropy | entropi | Fizik | Haba | Fungsi keadaan termodinamik, S suatu sistem yang perubahannya, dS dalam sebarang proses boleh balik adalah sama dengan haba yang diserap, dQ oleh sistem daripada persekitaran dibahagikan dengan suhu mutlak, T. cas ternma. dS=dQ/T |
| catenary cable | kabel katenari | Mekanik | Gunaan | Kabel boleh lentur yang hanya ditindak oleh beratnya. Keamatan beban tegak w di sepanjang garis mengufuk oleh w=μ (ds/dx), dengan μ sebagai berat bagi seunit panjang kabel dan ds sebagai panjang unsur infinitesimal diukur di sepanjang kabel. Pada kedudukan penggunaannya, kabel ini membentuk suatu lengkung (katenari). |
| second law of thermodynamics | hukum termodinamik kedua | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hukum yang menyatakan bahawa jika perubahan entropi negatif, proses semula jadi tidak mungkin berlaku. Perubahan entropi DS bagi proses semula jadi adalah positif dan hanya sifat bagi keadaan keseimbangan sahaja, iaitu DS > 0. |
| fundamental thermodynamic properties relation | hubungan sifat dasar termodinamik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hubungan antara tenaga atau sifat mikroskopik (G, U, H, A) dengan sifat makroskopik (T, V, S) yang dikatkan sebagai U = U(S, V) dU = T dS � P dV, H = H(S, P) dH = T dS + V dP, A = A(V, T) dA = P dV � S dT, G = G(P, T) dG = V dP � S dT, dengan U = tenaga dalaman (J/mol), H = entalpi (J/mol), A = tenaga Helmholtz (J/mol), G = tenaga Gibbs (J/mol), T = suhu (K), P = tekanan (Pa), V = isi padu (m3), S = entropi (J/mol K). |