| polls | pusat mengundi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tempat pembuangan undi yang lazimnya diadakan di kawasan awam seperti sekolah, balai raya, pejabat kerajaan atau dewan serba guna. Pusat mengundi ini sentiasa dikawal oleh anggota keselamatan bagi menjamin kerahsiaan dan keselamatan. Hanya pengundi berdaftar dibenarkan memasuki pusat ini. Wakil calon atau perayu undi pula tidak dibenarkan berada berdekatan dengan pusat ini. Contoh pusat mengundi ialah sekolah rendah atau sekolah menengah bagi kebanyakan kawasan di Malaysia. |