| natural capital | modal sumber asli | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Stok sumber dari alam sekitar dan ekosistem yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui melalui pembekalan barangan dan perkhidmatan penting seperti air bersih, kitaran nutrien dan sumber genetik. |
| variable renewable energy (VRE) | tenaga boleh diperbaharui tak tetap (VRE) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Sumber tenaga boleh diperbaharui yang terhad mengikut fenomena semula jadi seperti tenaga suria dan tenaga angin. |
| renewable resource | sumber boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sumber yang memberikan nilai ekonomi dan boleh diganti melalui proses biologi atau secara semula jadi dan boleh digunakan berulang kali. Sumber boleh diperbaharui boleh mengatasi kekurangan bekalan akibat penggunaan secara berterusan. Contohnya, tenaga suria, oksigen, air dan biojisim. |
| Renewable Energy Certificates (RECs) | Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (RECs) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Dokumen pengesahan yang menyatakan sesuatu organisasi atau syarikat telah menjana tenaga elektrik daripada sumber tenaga boleh diperbaharui. |
| bark damage | kerosakan kulit | Pertanian | Agronomi | Keadaan yang berlaku apabila torehan kulit pokok getah dibuat terlalu dalam sehingga mencederakan lapisan kambium. Sekiranya kambium rosak, kulit pokok tidak dapat diperbaharui. Sebaliknya, jika torehan dibuat dengan baik, kulit yang ditoreh akan diperbaharui oleh lapisan kambium dan pusingan torehan boleh diulang beberapa kali. |
| renewable energy | tenaga boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Tenaga yang boleh diganti melalui fenomena semula jadi daripada pelbagai sumber seperti biojisim, suria, angin, tenaga pasang surut, geoterma dan kuasa hidro. |
| renewable feedstock | stok suapan boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bahan mentah daripada sumber semula jadi yang boleh diganti semula dalam tempoh tertentu. Contohnya, minyak sawit sebagai bahan suapan untuk menghasilkan biodiesel. |
| replennishable | sumber boleh diganti; sumber boleh diperbaharui | Geografi | Tiada | Tiada |
| renewable energy consumption | penggunaan tenaga boleh diperbaharui | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Nisbah antara penggunaan kasar pedalaman tenaga boleh diganti semula dengan penggunaan kasar pedalaman tenaga keseluruhan (primer) yang dikira dalam tempoh setahun mengikut tahun kalendar. |
| solar power | kuasa suria | Kesenian | Seni Bina | Tenaga diperbaharui yang diperlukan untuk menyumbang ke arah gagasan seni bina hijau atau seni bina lestari. Bangunan moden memerlukan tenaga elektrik untuk menggerakkan semua peralatan di dalam bangunan. Lazimnya, tenaga elektrik diperoleh daripada janakuasa sama ada digerakkan oleh tenaga minyak, gas, sampah terpilih atau arang batu. Tenaga elektrik juga boleh diperoleh daripada kuasa suria sama ada menggunakan kepingan fotovolta atau tenaga solar pekat (CSP). Penuaian kuasa suria boleh dilakukan dengan menggunakan kepingan fotovolta yang dipasangkan pada bangunan yang disepadukan pada kemasan bumbung atau kemasan dinding luaran pada mukaan bangunan. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kepingan fotovolta adalah lebih mudah dan cepat. Kepingan fotovolta memerlukan ruang di atas bumbung atau mukaan bangunan yang menghadap matahari bagi memaksimumkan dapatan cahayanya. Selain memberikan manfaat dalam menyumbang ke arah penarafan gagasan seni bina hijau, ia juga memberikan nilai tampak pada bangunan |