| green waves | gelombang hijau | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Sistem kawalan lampu isyarat selaras yang memberi laluan dengan menunjukkan warna hijau kepada kenderaan yang menghampiri setiap persimpangan berlampu isyarat. |
| green sun | matahari hijau | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Fenomena yang terhasil akibat terdapat banyaknya jirim bersaiz tertentu di dalam atmosfera, yang dapat menyingkirkan lebih banyak alur suria pada panjang gelombang biru dan merah berbanding dengan panjang gelombang hijau. |
| greenhouse effect | kesan rumah hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Fenomena pemanasan di permukaan dan bahagian rendah atmosfera planet (troposfera) disebabkan oleh penukaran sinaran suria kepada haba. Sebahagian daripada sinaran matahari memantul semula ke atas dari permukaan bumi dalam bentuk inframerah gelombang pendek. Sebahagian gelombang ini diperangkap oleh gas-gas rumah hijau dan dipancarkan semula ke permukaan bumi dalam pelbagai arah, lalu menyebabkan peningkatan suhu. |
| sonochemistry | sonokimia | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penggunaan gelombang tinggi dalam proses tindak balas kimia untuk meningkatkan hasil dan mengurangkan penggunaan pemangkin. Contohnya, penggunaan gelombang tinggi dalam proses pempolimeran dan penyahpolimeran. |
| thermal emission rate | kadar pelepasan terma | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Jumlah pembebasan foton secara spontan disebabkan oleh pergerakan terma cas dalam sesuatu bahan. Sumber pelepasan terma terdiri daripada radiasi elektromagnetik yang merangkumi gelombang radio, gelombang mikro dan inframerah. |
| greenhouse effect | kesan rumah hijau | Biologi | Ekologi | Kesan pemanasan atmosfera terhadap bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap oleh bumi. Bumi kemudiannya memancarkan semula tenaga ini sebagai gelombang haba dan diserap oleh udara, terutama oleh karbon dioksida. Oleh itu udara bertindak sebagai kaca di dalam rumah hijau, yang membenarkan kemasukan cahaya, tetapi tidak membenarkan kemasukan haba. |
| chlorophyll | klorofil | Perikanan | Akuakultur | Pigmen berwarna hijau yang terdapat pada sianobakteria dan kloroplas pada alga dan tumbuhan. Klorofil merupakan biomolekul terpenting yang membolehkan tumbuhan menyerap tenaga daripada cahaya pada jarak gelombang violet-biru dan cahaya oren-merah. Klorofil bukannya molekul tunggal tetapi terdiri daripada kumpulan molekul berkaitan yang ditanda sebagai klorofil A, B, C, dan D. Klorofil A merupakan molekul yang dijumpai dalam semua sel tumbuhan dan dominan. Oleh itu, kepekatannya selalu digunakan semasa analisis klorofil. Klorofil D pula hanya dijumpai dalam alga merah laut, manakala klorofil B dan C kebiasaannya terdapat di perairan air tawar. |
| infrared film | filem inframerah | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan filem fotografi yang peka kepada gelombang elektromagnet pada daerah inframerah dekat. Filem ini digunakan untuk merakamkan objek dalam keadaan berjerebu, membezakan tumbuhan hidup atau mati, dan menentukan keaslian warna pigmen hijau. |
| CCD camera | kamera CCD | Sains Forensik | Tiada | Peranti yang mengesan dan merakam spektrum pemancaran fragmen DNA teramplifikasikan. Bagi penganalisis genetik ABI yang digunakan dalam analisis DNA forensik, peranti ini mengumpul pendarflour pada empat jarak gelombang pancaran berbeza yang sepadan dengan warna biru, hijau, kuning dan merah. |