| break water | pemecah ombak | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Struktur binaan yang digunakan untuk mengurangkan daya ombak yang bertindak pada tebing pantai yang boleh mengakibatkan hakisan pantai. |
| marine pile | cerucuk laut | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Cerucuk kayu yang dimasukkan sebahagiannya ke dalam tanah dan tersusun rapat mengikut pinggir pantai atau tebing. Kayu ini berfungsi mengurangi hakisan pantai dan hakisan tebing. Spesies utama yang biasa digunakan ialah kayu bakau. |
| sea cliff | cenuram laut | Sains Marin | Tiada | Cerun yang dihasilkan oleh hakisan ombak yang terdapat di tepi pantai yang menghadap laut atau di sisi platform potongan ombak yang menghadap daratan dan menandai had hakisan pantai. |
| sea cliff | cenuram laut | Geografi | Tiada | Cenuram atau cerun yang dihasilkan oleh hakisan ombak, terletak di tepi pantai yang menghadap laut atau di sisi platform potongan ombak yang menghadap daratan, dan menandai had hakisan pantai. |
| sea cliff | cenuram laut | Geologi | Tiada | Cenuram atau cerun yang dihasilkan oleh hakisan ombak, terletak di tepi pantai yang menghadap laut atau di sisi platform potongan ombak yang menghadap daratan, dan menandai had hakisan pantai. |
| ru | ru | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Casuarina spp. daripada famili Casuarinacea. Nama tempatannya di Sabah ialah aru dan sempilau. Spesies utamanya ialah Casuarina equisetifolia, C. nobilis, dan C. rumphiana. Gubal kayu ru berwarna lebih muda, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan hingga coklat tua. Tekstur kayunya kasar dan tidak sekata kerana kehadiran ruji agregat yang besar. Iranya lurus, berpilin atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, sederhana tahan dan mudah diawet. Kayu ru boleh digunakan untuk hulu peralatan dan tiang pagar. Pokok ru pula ditanam untuk mengurangi hakisan pantai, dan sebagai penghalang angin. |
| break water | pemecah ombak | Kejuruteraan | Tiada | Binaan yang digunakan untuk mengurangkan daya ombak yang bertindak pada tebing pantai. Hasilnya hakisan di pantai dapat dikurangkan. |
| groin | benteng hakisan | Sains Marin | Tiada | Struktur binaan kukuh seperti jeti yang panjang, sempit dan rendah yang dibuat daripada kayu balak, batu, konkrit atau keluli. Benteng dibina dari pantai dan menghala ke laut bagi mengelakkan hakisan pada pantai dengan cara memerangkap serta mengumpul pasir untuk menstabilkan pantai. Sekiranya dibina dengan banyak, struktur ini disebut dataran benteng hakisan yang berfungsi untuk menstabilkan kawasan pantai yang lebih luas. |
| sandy shore | pantai berpasir | Perikanan | Tiada | Kawasan tepi laut yang terdedah kepada arus yang kuat. Pasir di kawasan yang berarus lebih kasar berbanding kawasan terlindung. Pantai di sekitar gigi air sentiasa berubah akibat hakisan ombak dan arus pasang surut. Pantai berpasir boleh dibahagikan kepada zon tinggi bagi pantai yang kering dan mempunyai tumbuh-tumbuhan, dan zon rendah bagi pantai yang basah dan dilitupi air pasang surut. |
| ecosystem impact | kesan ekosistem | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kesan negatif terhadap organisma hidup dan persekitaran disebabkan oleh aktiviti manusia atau fenomena semula jadi. Contohnya, hakisan tepi pantai disebabkan oleh penebangan pokok bakau. |