| production forest | hutan pengeluaran | Perhutanan | Tiada | Tiada |
| production forest | hutan pengeluaran | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kawasan yang memberi bekalan secara berterusan kepada semua jenis keluaran hutan dapat dikeluarkan secara ekonomi dalam negara dan yang diperlukan bagi pertanian, tujuan domestik, perindustrian dan juga untuk eksport. |
| green house effect | kesan rumah hijau | Pertanian | Agroteknologi | Fenomena yang disebabkan oleh peningkatan suhu bumi akibat pemerangkapan haba dan karbon dioksida. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera. Antara punca yang menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau adalah disebabkan aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka dan pembakaran hutan, pengeluaran asap kenderaan atau kilang, pembakaran bahan api fosil secara berlebihan, kekurangan pokok atau tumbuhan hijau, dan pembakaran hutan serta penerokaan hutan secara berlebihan. |
| forest pathology | patologi hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kajian mengenai penyakit pokok hutan yang disebabkan oleh organisma yang mengurangkan pengeluaran hutan pada sesuatu masa. |
| drain | kesusutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Pengeluaran hasil hutan dari sesuatu kawasan hutan di luar daripada perancangan. |
| forest estate | ladang hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kawasan hutan asli dan kawasan hutan tanam semula yang dikhususkan bagi tujuan pengeluaran hasil hutan, penyelidikan, pendidikan rekreasi dan pelindungan serta pemuliharaan. |
| forest economic | ekonomi hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Bidang ekonomi yang seluruhnya atau sebahagian besarnya berkaitan dengan pengeluaran hutan. |
| forest research | penyelidikan hutan | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Penyelidikan yang dilakukan bagi memperoleh pengeluaran khazanah hutan daripada hutan simpan kekal dengan seberapa banyak yang boleh secara berkekalan dan juga untuk meluaskan lagi taraf penggunaan kayu serta mengembangkan industri-industri keluaran hutan. |
| forest research | penyelidikan hutan | Perhutanan | Tiada | Penyelidikan yang dilakukan bagi memperoleh pengeluaran khazanah hutan daripada hutan simpan kekal dengan seberapa banyak yang boleh secara berkekalan dan juga untuk meluaskan lagi taraf penggunaan kayu serta mengembangkan industri-industri keluaran hutan. |
| bountry system | sistem hadiah | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Kaedah bayaran yang ditawarkan oleh kerajaan untuk mendorong seseorang meningkatkan pengeluaran hutan atau pembunuhan binatang liar. |