| mobile billboard | iklan bergerak | Komunikasi | Korporat | 1. Kaedah pengiklanan yang menggunakan poster, sepanduk dan pepanji dalam pelbagai saiz yang dipasang di dalam atau di luar kenderaan awam yang bergerak. Khalayak iklan jenis ini terdiri daripada pengguna kenderaan tersebut atau khalayak umum. Pihak agensi pengiklanan mempunyai tempoh masa peragaan tertentu yang dipersetujui antara pemilik kenderaan dengan agensi pengiklanan tersebut. 2. Kaedah pengiklanan yang struktur dipasang di atas kenderaan yang berfungsi khusus sebagai alat memperagakan poster, sepanduk, atau pepanji iklan. Kenderaan tersebut akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain, khususnya di lokasi yang terdapat ramai khalayak bagi mendapat perhatian. |
| advertisement | iklan | Komunikasi | Korporat | Alat komunikasi berbayar seperti promosi atau publisiti barangan dan perkhidmatan untuk memberitahu dan memujuk pengguna supaya membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan melalui saluran media massa seperti televisyen dan akhbar. Alat komunikasi ini dihasilkan dengan pelbagai cara dan pendekatan bagi memenuhi kesesuaian bahan yang diiklan, media yang digunakan, dan khalayak yang disasarkan. Sesebuah iklan perlu mempunyai kreativiti yang sesuai dan khalayak sasaran yang jelas, serta iklan perlu direka bentuk khusus untuk mencapai matlamat pemasaran. Selain media massa, iklan wujud dalam bentuk iklan jalanan dan iklan bergerak, iklan elektronik, iklan media cetak dan sebagainya. |
| storyboard | papan cerita | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Set panel urutan ilustrasi atau imej yang memberikan visual awal penceritaan sesuatu animasi, gambar bergerak, grafik bergerak, media interaktif atau urutan lukisan. Papan cerita ini biasanya disertakan dengan arahan dan dialog, bagi menunjukkan perancangan keseluruhan tangkapan adegan untuk produksi filem, video, televisyen atau iklan. |
| static title | tajuk kaku | Komunikasi | Korporat | Jenis judul yang digunakan dalam penerbitan visual bergerak seperti video, filem, dan iklan jalanan elektronik atau multimedia. Sifat grafik judul ini dipaparkan secara statik. Tajuk kaku boleh wujud sebagai judul sesuatu karya, sari kata, atau sebagai tajuk penjelasan visual atau iklan jalanan elektronik. Contohnya, dalam penerbitan filem, sari kata yang menggunakan kaedah tajuk kaku biasanya dipamerkan secara langsung dan statik berbanding dengan pemaparan penjelasan maklumat yang selalunya bergerak dalam siaran berita. Sinonim tajuk statik. |