| green infrastructure | infrastruktur hijau | Pertanian | Agroteknologi | Infrastruktur yang menggunakan kawasan-kawasan hijau seperti taman rekreasi, hutan simpanan dan padang permainan untuk menjadi kawasan yang menakung air supaya mendapat sumber air yang bersih selain untuk mengelakkan kejadian banjir kilat. Ia juga termasuk terowong cekap yang berfungsi untuk mengalirkan air sekiranya berlaku limpahan air daripada sungai. Matlamat infrastruktur hijau adalah untuk mendapatkan persekitaran yang selesa dan selamat. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kualiti pengudaraan, pengeluaran tenaga mapan dan air bersih, kesihatan tanah yang baik, dan meningkatkan kualiti kehidupan. |
| transportation sector | sektor pengangkutan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bidang yang menyediakan kemudahan untuk pergerakan manusia, barangan dan haiwan dengan mewujudkan pelbagai infrastruktur. Sektor pengangkutan merangkumi syarikat penerbangan, logistik, kargo udara, marin, kereta api, infastruktur dan perkhidmatan pengangkutan. |
| environmental impact | kesan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kesan negatif terhadap alam sekitar disebabkan oleh aktiviti yang berkaitan dengan antropologi seperti pembangunan infrastruktur, perbandaran, perindustrian, pengangkutan atau pelepasan bahan cemar. |
| environmental impact potential | keupayaan kesan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kebarangkalian terjadinya perebakan kesan negatif akibat aktiviti yang berkaitan dengan antropologi, contohnya pembangunan infrastruktur, perbandaran, perindustrian, pengangkutan atau pelepasan bahan cemar. |
| green sukuk | sukuk hijau | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Sijil pelaburan Islam yang digunakan untuk membiayai sesuatu projek infrastruktur yang lestari. |