| application package | pakej aplikasi | Pertanian | Agroteknologi | Pakej perisian komputer yang direka khas untuk sesuatu kegunaan dalam aktiviti pertanian. Contohnya, perisian DRIS (Diagnosis and Recommendation Integrated System) yang digunakan untuk pengurusan nutrien tanaman di sesuatu kawasan dan perisian GIS (Geographical Information System) untuk menguruskan data pemetaan kawasan. |
| interruption | sampukan | Teknologi Maklumat | Tiada | 1. Isyarat kawalan khas yang memberitahu pemproses utama supaya berhenti mengerjakan tugas yang sedang berjalan dan beralih ke suatu kawasan ingatan tertentu. 2. Gangguan penghantaran mesej yang mungkin disebabkan oleh kegagalan perkakasan, talian komunikasi terputus atau sistem pengurusan fail yang rosak. |