Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kecerdasan Buatan Artificial Intelligence AI


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
artificial intelligence (AI)kecerdasan buatan (AI)Teknologi MaklumatPerisianSubbidang Sains Komputer yang berkait rapat dengan pentaakulan simbolik dan penyelesaian masalah. Kebanyakan pakar mengaitkan kecerdasan buatan dengan dua idea asas, iaitu kajian proses pemikiran manusia dan perwakilan kesemua proses tersebut melalui mesin seperti komputer dan robot. Oleh itu, kesemua perilaku manusia serta sesuatu yang boleh dilakukan oleh mesin dianggap cerdas. Aplikasi kecerdasan buatan digunakan dalam pelbagai peranti cerdas seperti dalam bidang keselamatan, perubatan, perbankan dan permotoran.
AI (artificial intelligence)AI (kecerdasan buatan)Teknologi MaklumatTiadaKajian yang membolehkan mesin melakukan fungsi yang biasanya dikaitkan dengan kecerdasan manusia, seperti penaakulan dan pembelajaran.
weak artificial intelligence (AI)kecerdasan buatan lemahTeknologi MaklumatTiadaLihat kecerdasan terhad buatan.
strong artificial intelligence (AI)kecerdasan buatan kukuhTeknologi MaklumatTiadaLihat kecerdasan umum buatan.
kecerdasan buatanartificial intelligenceKecerdasan BuatanEtika dan FalsafahBidang ilmu berkaitan dengan pembangunan sistem komputer atau mesin yang meniru kecerdasan manusia dan hukum alam dalam menyelesaikan pelbagai tugas. Hukum alam merujuk kepada hukum fizik seperti graviti, elektromagnetik dan termodinamik serta prinsip-prinsip biologi seperti genetik, neural dan teori evolusi. Sistem komputer atau mesin ini berupaya melaksanakan tugasan seperti pembelajaran, penglihatan, pemahaman dan penaakulan serta menyuai kelakuan dengan menganalisis persekitaran sistem. Prinsip dan teknik yang digunakan dalam AI melibatkan pelbagai disiplin seperti matematik, statistik, sains komputer, linguistik dan disiplin lain yang berkaitan untuk membangunkan model atau alkhwarizmi bagi tujuan menyelesaikan masalah, membuat keputusan, merancang dan belajar. Sub-bidang utama AI adalah Etika dan Falsafah, Taakulan, Perancangan, Pembelajaran, Komunikasi, Persepsi, Penyepaduan dan Interaksi, dan Perkhidmatan. Lihat juga sistem AI.

Kembali ke atas