Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
welfare statenegara kebajikanSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang mengamalkan satu sistem kebajikan untuk semua rakyat. Konsep penting dalam negara ini ialah kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan rakyat negaranya hidup dalam keadaan yang selesa. Negara kebajikan ini memberi pelbagai jenis kemudahan seperti pendidikan dan perkhidmatan hospital yang percuma. Di samping itu, negara ini turut memberi pelbagai bentuk konsesi lain seperti elaun kepada penganggur, cuti bersalin yang panjang, elaun untuk warga emas, layanan istimewa untuk orang cacat dan potongan rendah untuk bayaran pengangkutan dan sewa rumah perbadanan kerajaan. Walau bagaimanapun untuk membiaya semua kos perkhidmatan ini, negara kebajikan mengenakan cukai pendapatan yang tinggi khususnya kepada golongan berpendapatan tinggi serta mengenakan cukai lain kepada sektor perniagaan. Sektor swasta pula perlu melaksanakan dasar kebajikan seperti yang dilaksanakan oleh sektor awam. Contoh negara kebajikan yang masih aktif ialah Great Britain, Netherland, S
social welfarekebajikan sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. Kebajikan sosial melibatkan usaha atau program yang berbentuk peningkatan kualiti kehidupan seperti penyediaan kemudahan asas, perumahan baru, peningkatan pendapatan, peluang kerjaya dan penyaluran subsidi. Fokus utama kebajikan sosial adalah kepada golongan miskin, warga tua, orang kurang upaya, pelajar dan kumpulan minoriti. Antara contoh kebajikan sosial ialah PPRT, rumah kebajikan anak yatim dan rumah seri kenangan.

public benefitfaedah AwamPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara yang berkaitan dengan kepentingan, kebajikan, keselesaan, keselamatan, kemudahan infrastruktur, kesihatan dan keamanan masyarakat. Faedah awam boleh dilihat dalam bentuk kemudahan yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rakyat, seperti kemudahan taman rekreasi, padang permainan, pondok pengawal, dewan orang ramai, tandas awam dan tempat riadah. Antara pihak yang bertanggungjawab dalam mengusahakan faedah awam ialah pihak kerajaan, NGO, agensi awam dan swasta, jawatankuasa yang dilantik seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung (JKKK). Faedah awam boleh menyumbang kepada cara hidup masyarakat yang sihat dan sejahtera. Secara tidak langsung, membantu membentuk masyarakat yang berfikiran terbuka, sihat minda dan prihatin terhadap kemakmuran negara.

public institutioninstitusi awamPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan untuk menjana perkembangan dan pembangunan negara yang menjadi tunggak kekukuhan kerajaan seperti pendidikan, sosial dan budaya. Institusi awam berperanan menyediakan kemudahan, menjaga hal ehwal kebajikan, membantu kerajaan dalam melaksanakan program berbentuk kemasyarakatan dan membentuk integriti komuniti. Biasanya sebuah institusi awam akan ditadbir urus oleh lembaga pemegang amanah dengan dibantu oleh pegawai awam yang dilantik oleh pihak kerajaan. Contohnya IPTA, Institut Sosial Negara dan Majlis Belia Negara.

service providerpenyedia perkhidmatanPentadbiranPentadbiran Awam

Entiti yang menawarkan kemudahan kepada entiti-entiti lain. Penyedia perkhidmatan boleh dirujuk dalam konteks kebajikan, kesihatan, keselamatan, keselesaan, pendidikan dan teknologi. Penyedia perkhidmatan akan memberikan kesan positif kepada individu, masyarakat dan organisasi untuk memudahkan urusan dan melancarkan sistem pentadbiran. Antara contoh penyedia perkhidmatan ialah akses Internet, pengendali telefon bimbit, pengaturcaraan aplikasi laman web, sistem penghantaran dan sebagainya.

public sectorsektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Bahagian perkhidmatan yang diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan memenuhi keperluan serta kepentingan awam. Sektor ini turut berperanan menyediakan pelbagai infrastruktur, peluang pekerjaan, kebajikan dan keselamatan dan mempermudah pelbagai urusan. Di samping itu, ia turut berperanan menguruskan pembangunan dan menjana pendapatan negara. Operasi sektor ini tidak berorientasikan keuntungan dan bertindak sebagai nadi penggerak ke arah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Namun, memandangkan sifatnya yang besar dan kompleks serta sangat berhierarki, ia sering kali dilihat sebagai kurang cekap dan sarat dengan karenah birokrasi.

Islamic banking institutioninstitusi perbankan IslamEkonomiEkonomi IslamInstitusi perbankan yang menawarkan produk dan perkhidmatan selari dengan syariah. Institusi ini mengelakkan urus niaga berdasarkan kadar bunga dengan menggalakkan urus niaga berdasarkan jual beli dan perkongsian untung. Di samping mencari keuntungan, institusi perbankan Islam juga tidak mengabaikan objektif kebajikan seperti membantu golongan miskin melalui kemudahan qardul hasan. Institusi ini boleh berbentuk sama ada perbankan Islam penuh atau jendela Islam.
budgetperuntukan belanjawanPentadbiranPentadbiran Awam

Sejumlah amaun perbelanjaan yang disediakan untuk sesuatu bahagian, jabatan atau pihak untuk digunakan dalam sesuatu tempoh, biasanya setahun. Peruntukan belanjawan ini diberikan untuk tujuan tertentu terutamanya untuk kepentingan orang ramai atau sektor masyarakat tertentu. Belanjawan negara yang disediakan oleh Menteri Kewangan umpamanya setiap tahun memberi peruntukan kepada berbagai pihak seperti sekolah, universiti, hospital, bomba, tentera, jabatan kebajikan dan sebagainya untuk digunakan bagi menyediakan kemudahan kepada orang ramai.


Kembali ke atas