| mobile STEM laboratory | makmal STEM bergerak | STEM | Tiada | Kemudahan pendidikan mudah alih yang dilengkapi dengan bahan dan peralatan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM). Makmal ini digunakan untuk pembelajaran secara praktikal kepada pelajar di luar bilik darjah. |
| utility | utiliti; kemudahan awam | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| closed access | kemudahan tertutup | Pendidikan | Tiada | Ruang atau bahagian tertentu dalam perpustakaan atau pusat sumber yang tidak dibuka kepada pengguna kecuali dengan kebenaran. |
| back wind | gulung balik | Pendidikan | Tiada | Kemudahan pada kamera gambar gerak yang membolehkan filem digulung ke belakang untuk mendedahkan bahagian filem yang sama sebanyak dua kali. |
| immediate response | gerak balas semerta | Pendidikan | Tiada | Kemudahan pada bahan pengajaran yang menghendaki pelajar memberi maklum balas atau gerak balas serta-merta kepada soalan yang dikemukakan. |
| open education (OE) | pendidikan terbuka (OE) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendidikan tanpa mengira latar belakang akademik, geografi dan kemudahan teknologi bagi tujuan berkongsi semua sumber, idea, pengetahuan, kaedah, platform, alat, pendekatan dan bahan dalam pembelajaran dan pengajaran secara percuma serta terbuka. OE merangkumi sumber, alat dan amalan yang bebas halangan perundangan, kewangan dan teknikal serta boleh diguna, dikongsi dan diadaptasi sepenuhnya dalam persekitaran digital. OE memaksimumkan kuasa Internet untuk menjadikan pendidikan lebih mampu, boleh capai dan berkesan. |
| interactive video | video interaktif | Pendidikan | Tiada | Video yang mempunyai kemudahan hubungan dua hala di antara pelajar dengan penyampai, atau menjawab soalan, dan biasanya digabungkan dengan komputer. |
| knowledge dissemination | penyebaran pengetahuan | Pendidikan | Tiada | Proses menyebarkan pengetahuan secara bersemuka atau menggunakan kemudahan komunikasi moden, termasuk sistem jarak jauh. |
| edit push button | butang pilih sunting | Pendidikan | Tiada | Alat berbentuk butang untuk memilih kemudahan suntingan dalam penerbitan program audio dan video. |
| listening centre | sudut dengar | Pendidikan | Tiada | Tempat dalam pusat sumber yang dilengkapi pelbagai peralatan audio untuk kemudahan pengajaran-pembelajaran. |