| community organisation | organisasi komuniti | Sosiologi | Tiada | Kerja sosial yang menumpukan usaha untuk membangunkan dan menjaga kebajikan masyarakat melalui koordinasi atau kerjasama agensi awam dan swasta. |
| Malaysia Incorporated | Persyarikatan Malaysia | Ekonomi | Tiada | Sistem kerjasama antara sektor awam dengan sektor swasta supaya kedua-dua belah pihak dapat mencapai matlamat pembangunan untuk kepentingan bersama dalam jangka panjang. |
| media relations | perhubungan media | Komunikasi | Korporat | Usaha perhubungan antara pihak organisasi awam atau swasta dengan agensi media cetak atau elektronik. Proses perhubungan tersebut dirancang secara sistematik bagi memastikan berlakunya sifat hubungan yang positif, tekal, dan berkesan bagi mencapai keperluan organisasi. Bentuk keperluan tersebut adalah seperti mudah mendapatkan kerjasama media dalam aktiviti penyebaran maklumat organisasi kepada khalayak luar organisasi dan sentiasa mendapat liputan yang luas dan positif. Kaedah untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan mengumpul senarai maklumat petugas media, mengenal pasti gaya penyediaan maklumat penerbitan dan penyiaran di setiap media, memantau sebarang perubahan yang berlaku dalam organisasi media, dan melakukan hubungan antara peribadi dengan petugas media. Pada peringkat yang lebih formal, perhubungan tersebut boleh dilakukan melalui sidang media, edaran siaran media, lawatan media, dan acara khas media. Kelengkapan peralatan teknologi komunikasi maklumat turut memudahkan pelaksanaan hubungan ter |
| privatization policy | dasar penswastaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dasar yang dilancarkan pada tahun 1983 bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, meningkatkan kecekapan dan kepelbagaian hasil, menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara, pengagihan sumber secara cekap dan memindahkan sebahagian pengurusan dan kepentingan kerajaan yang boleh menjana keuntungan kepada pihak swasta. Pelaksanaan dasar ini memberikan keutamaan kepada tanggungjawab pengurusan, aset dan hak untuk menggunakan aset tersebut dan tanggungjawab kakitangan. Dasar ini dicetuskan berikutan pelancaran Dasar Persyarikatan Malaysia pada 25 Februari 1983 yang menekankan kepada kerjasama di antara sektor awam dengan sektor swasta dalam pembangunan negara. Penswastaan adalah bertentangan dengan konsep “Memilik Negara” yang menambahkan penguasaan kerajaan dalam sektor ekonomi atau perniagaan. |