| corporate communication | komunikasi korporat | Komunikasi | Korporat | 1. Bidang ilmu yang mengkaji tentang keadaan dan proses interaksi antara organisasi dengan khalayak yang berkepentingan. Bidang ini merangkumi antaranya komunikasi organisasi, perhubungan awam, perhubungan media, penulisan korporat, perhubungan kerajaan, pengurusan krisis komunikasi, komunikasi pengiklanan korporat, komunikasi perniagaan, audit komunikasi, komunikasi pemasaran bersepadu, dan pengurusan tanggungjawab sosial korporat. Kepentingan fungsi bidang ini adalah untuk menyediakan golongan pemikir serta perancang dan pelaksana organisasi sama ada swasta atau kerajaan, bagi memastikan wujudnya keseimbnagan pembangunan yang menguntungkan organisasi. Keuntungan ini bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga kebajikan khalayak yang berkepentingan dengan organisasi. Keterampilan organisasi dalam pengurusan komunikasi korporat boleh membantu meningkatkan kecekapan pengeluaran organisasi yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara. 2. Komponen perniagaan yang berteraskan pengurusan perkhid |
| verbal communication | komunikasi lisan | Komunikasi | Korporat | Komunikasi atau perutusan yang menggunakan kaedah pertuturan sebagai alat untuk memindahkan mesej daripada sumber kepada penerima. Bahasa merupakan alat asas yang berfungsi untuk membentuk makna dalam komunikasi lisan. Keberkesanan penggunaan komunikasi lisan banyak bergantung pada kesesuaian pertuturan dengan suasana dan budaya khalayak penerima. Dalam keadaan tertentu, kemahiran menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif diperlukan. Dalam keadaan lain, kemahiran menggunakan bahasa harian atau dialek tempatan boleh meninggalkan kesan mendalam dalam proses komunikasi lisan. Selain itu, kejayaan penggunaan komunikasi lisan juga banyak bergantung pada kemahiran dan kecekapan bertutur, kemampuan menguasai tahap intonasi, dan keupayaan menggabungkan komunikasi lisan dengan bahasa gerak-geri atau tubuh bahasa. Dalam bidang komunikasi korporat, salah satu faktor yang membantu menjayakan proses atau aktivitinya ialah kesedaran yang berterusan tentang kepentingan penggunaan komunikasi lisan yang bersesuaian dengan |
| diagonal communication | komunikasi silang | Komunikasi | Tiada | Komunikasi yang berlangsung dalam sesebuah organisasi antara satu pihak dengan pihak lain yang mempunyai perbezaan dari segi pangkat dan kedudukan. Contohnya, komunikasi antara ketua bahagian dengan pembantu pejabat. |
| functional communication | komunikasi berfungsi | Komunikasi | Tiada | Komunikasi yang dapat memberikan kesan kepada khalayak dan berjaya memenuhi matlamat penyampai. |
| dysfunctional communication | komunikasi gugatan | Komunikasi | Tiada | Komunikasi yang gagal mencapai matlamat yang ingin disampaikan dan hanya menimbulkan kesan bidas yang meruntuhkan kepercayaan penerima terhadap penyampai. |
| environmental communication | komunikasi persekitaran | Komunikasi | Tiada | Komunikasi yang bertujuan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai kepentingan persekitaran sama ada persekitaran fizikal atau sosial bagi menjamin kesihatan, keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat. |
| coercive communication | komunikasi paksaan | Komunikasi | Tiada | Komunikasi yang mengandungi ancaman atau desakan sehingga khalayak yang menjadi sasaran terpaksa menerimanya. |
| external communication | komunikasi luaran | Komunikasi | Tiada | Komunikasi yang dilakukan oleh pihak pentadbiran organisasi dengan khalayak umum. |
| graphic communication | komunikasi grafik | Komunikasi | Tiada | Komunikasi yang berlangsung melalui media yang dipaparkan dengan menggunakan teknik dan seni cetak. |
| efficient communication | komunikasi cekap | Komunikasi | Tiada | Komunikasi yang berjaya mencapai tujuan yang dirancangkan mengikut peruntukan yang dianggarkan, waktu yang ditetapkan dan jumlah khalayak. |