Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Malaysia Barat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
art musicmuzik seniMuzikTiada

 Muzik yang dicipta oleh komposer tertentu dan berasaskan idiom serta teknik karya muzik klasik Barat pada abad ke-20. Muzik seni ini menggabungkan ciri, konsep dan alat muzik Barat serta bukan Barat. Di Malaysia, muzik seni mengikut sistem notasi Barat dan dimulakan oleh pemain muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1960-an dan tahun 1970-an seperti Alfonso Soliano, Gus Steyn dan Johari Salleh. Sinonim muzik seriosa.

summer monsoonmonsun musim panasMeteorologiMeteorologi PerhubunganMonsun yang beasal daripada lautan dan bertiup pada musim panas. Di Malaysia, monsun ini berlaku antara Mei hingga Ogos, dan lebih dikenali sebagai monsun barat daya.
dangdutdangdutMuzikTiada

 Muzik popular di Indonesia yang dipengaruhi muzik pop Hindustani. Istilah dangdut merujuk kepada bunyi pukulan gendang pada bit keempat, iaitu dang dan pukulan pada bit pertama, iaitu dut. Di Malaysia, dangdut menggabungkan alat muzik India seperti tabla dan sitar dengan alat muzik Barat seperti gitar dan papan nada. Dangdut Malaysia berentak inang dengan gaya nyanyian pop Hindustani.

accordionakordionMuzikTiada

Alat muzik Barat yang diklasifikasikan sebagai aerofon dengan pelidah tanpa kawalan. Badan alat muzik ini berbentuk korak, mempunyai papan nada kecil dan belos. Apabila belos digerakkan, udara akan melalui pelidah yang terdapat dl dalam kotak alat tersebut. Alat tnuzik ini dimainkan dalam ensembel muzik asli, joget dan ronggeng di Malaysia.

maracasmarakasMuzikTiada

 Alat muzik moden yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang digoncang. Marakas terdiri daripada labu yang berisi butiran biji. Pemegang dipasang pada labu dan dipegang dengan kedua-dua belah tapak tangan. Marakas digoncang untuk menghasilkan rentak tertentu dalam pancaragam atau kombo yang memainkan muzik popular. Kini, alat muzik ini dimainkan dalam ensembel tradisional seperti ensembel dikir barat di Malaysia.

Malay orchestraorkestra MelayuMuzikTiada

 Orkestra muzik popular pada abad ke-20 di Malaysia. Orkes­tra ini menggabungkan alat muzik Barat seperti piano, gitar, trompet, trombon, saksofon, klarinet, violin, dram dan marakas dengan alat muzik tempatan seperti tabla, rebana dan gambus. Orkestra Melayu mengiringi teater bangsawan, muzik popular dan tarian kabaret.

huayue tuanhuayue tuanMuzikTiada

 Orkestra Cina moden yang wujud pada tahun 1930-an di China. Orkestra ini merupakan sintesis antara muzik dengan alat mu­zik dari China dan Barat. Sistem tiunan berasaskan skel pentatonik Cina. Susunan orkestra ini mengikut kedudukan orkestra Barat yang dipimpin oleh seorang konduktor. Pemuzik bermain mengikut skor muzik serta karya muzik menggunakan sistem harmoni Barat. Orkestra ini telah dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 1960-an dan

abstentionberkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBerkaitan dengan tindakan atau keputusan yang tidak menyokong ataupun membantah sesuatu cadangan. Dalam konteks hubungan antarabangsa yang melibatkan Majlis Keselamatan PBB misalnya, keputusan berkecuali bermaksud tindakan sesebuah negara yang tidak menyokong atau membantah sesuatu cadangan secara keseluruhan. Keputusan berkecuali boleh disertakan dengan alasan dan pendirian negara berkenaan. Contoh lain ialah Malaysia yang banyak mengamalkan prinsip berkecuali bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara atas dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi atau kepercayaan. Salah satu unsur penting prinsip berkecuali Malaysia ialah keengganan untuk terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain daripada perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara.
ethopoeticsetnopuitikaKesusasteraanTiadaPerihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Pui
randairandaiMuzikTiada

 Dramatari rakyat dalam masyarakat Minangkabau yang terdiri daripada gerak tari, nyanyian, muzik instrumental, penceritaan dan lakonan. Tariannya berdasarkan gerakan pencak silat dan ditarikan dalam bentuk bulatan. Ensembel muzik yang mengiringi randai ialah caklempong pacik, katindiek, adok, serunai dan pupuik gadang. Randai dipersembahkan dalam upacara adat dan hiburan serta masih popular di Sumatera Barat, Riau dan Malaysia.

12

Kembali ke atas