Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 mengalir dgn banyaknya serta deras: Hujan yg ~ turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 2 ki datang atau terdapat dgn banyaknya: Apabila Israel mengalami kekalahan di tangan Arab, bantuan dr Amerika Syarikat ~ tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mencurah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air mass showerhujan mencurah jisim udaraSainsHidrometeorologiHujan mencurah yang dihasilkan oleh olakan tempatan dalam suatu jisim udara yang tak stabil dan merupakan jenis kerpasan jisim udara yang paling biasa. Hujan seumpama ini tidak berkaitan dengan perenggan atau garis ketakstabilan. Hujan mencurah jisim udara paling kerap terdapat dalam jisim udara lengas yang cukup tak stabil sehingga pemanasan hari siang pada permukaan boleh menghasilkan awan kumulus yang sangat matang. Bentuk lampau hujan mencurah jisim udara ialah ribut petir jisim udara.
showerhujan mencurahSainsHidrometeorologiKerpasan yang selalunya sekejap tetapi lebat dan turun dari awan olakan. Titisan zarah pepejal dalam hujan mencurah biasanya lebih besar daripada unsur-unsur yang sama dalam kerpasan jenis lain. Hujan mencurah dicirikan oleh permulaan dan pemberhentian yang mengejut, selalunya dengan perubahan kelebatan yang besar dan mendadak dan, yang paling sering ialah perubahan rupa langit; iaitu perubahan daripada awan hitam (kumulonimbus) kepada langit cerah dalam tempoh yang singkat.
shower see also stormhujan mencurah lihat juga ributHidrologiTiadaKerpasan yang biasanya turun lebat dan sekejap, terjadi dari awan perolakan. Hujan mencurah dicirikan oleh permulaan dan akhiran yang serta-merta dan umumnya oleh perubahan kelebatan yang besar dan cepat. (WMO)
torrential rainhujan mencurahGeografiTiadaTiada
convective showershujan mencurah olakanSainsHidrometeorologiSama dengan kerpasan olakan.
ladlesenduk; centongKejuruteraanTiada1. Centong: Bejana untuk membawa dan mencurah logam lebur.
air-mass thunderstormribut petir jisim udaraSainsHidrometeorologiLihat hujan mencurah jisim udara.
mechanical protectionperlindungan mekanikalPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKaedah melindungi cerucuk kayu daripada serangan penggerek laut secara mekanikal. Antara cara-cara yang diamalkan termasuk mencurah konkrit di sekeliling cerucuk, menyemburkannya dengan campuran pasir dan simen, menyapu cerucuk dengan beberapa lapisan cat khas, menyalutnya dengan kepingan logam, atau menggunakan cerucuk yang masih berkulit.
tropical cyclonesiklon tropikaSainsHidrometeorologiSiklon yang berasal dari tropika dan bergaris pusat kecil (beberapa ratusan kilometer) dengan tekanan permukaan minimum (dalam beberapa kes kurang daripada 900 mb), angin kencang dan hujan mencurah; kdang kala disertai ribut petir. Siklon tropika selalunya mengandungi suatu kawasan pusat yang dikenali sebagai mata ribut yang bergaris pusat dalam lingkungan beberapa puluh kilometer, dengan angin sepoi dan langit berawan sedikit.
squallbadalSainsHidrometeorologiFenomena atmosfera yang dicirikan oleh perubahan kelajuan angin yang amat besar. Fenomena ini bermuala dengan tiba-tiba, berlanjutan selama beberapa minit sahaja dan kelajuannya berkurangan dengn mengejut. Badai selalunya diiringi hujan mencurah atau ribut petir.
12

Kembali ke atas